Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apakah Rahsia Zuhudmu?

Menurut Imam Al-Ghazali, zuhud ertinya meninggalkan perkara yang disukai kerana mengharapkan sesuatu perkara yang lebih baik daripada itu. Hati mereka tidak terikat dengan hal-hal dunia, lebih membesarkan akhirat. Kesusahan di dunia, sakit pening, kekurangan harta, kekurangan keperluan dan lain-lain tidak pernah menyusahkan hatinya. Ianya dianggap tidak lain dan tidak bukan, ujian hidup semata-matanya. Ujian, latihan dan tarbiyyah daripada Allah Taala. Ujian sebagai tanda kasih sayang Ilahi, insyaAllah, sebagai kaffarh dosa-dosa juga sebagai pengangkat martabat disisi Ilahi, Insya Allah. Zuhud boleh berlaku kepada orang miskin dan kaya.



Rahsia zuhud


Apakah Rahsia Zuhudmu?

Imam Hasan al-Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal soleh.

Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.

Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH.

Oleh itu sahabat-sahabatku...ini pesanan buat diri sendiri juga. Jangan tertipu dengan usia MUDA kerana syarat Mati TIDAK harus TUA. Jangan terpedaya dengan tubuh yang SIHAT kerana syarat Mati TIDAK mesti SAKIT.

Jangan terperdaya dengan harta kekayaaan sebab si kayapun tidak pernah menyiapkan kain kafan buat dirinya meski cuma selembar.

Sentiasa Berbuat Baik


Mari Terus berbuat BAIK, berniat untuk BAIK, berkata yang BAIK-BAIK, Memberi nasihat yang BAIK Meskipun TIDAK banyak orang yang mengenalimu dan tidak suka dengan nasihatmu.

Cukup lah اللهِ yang mengenalimu lebih dari pada orang lain.

Jadilah bagai Jantung yang tidak terlihat, Tetapi terus berdenyut setiap saat hingga kita terus dapat hidup, berkarya dan menebar manfaat bagi sekeliling kita sampai diberhentikan oleh NYA.

Ibnu Mas'ud r.a" ada betkata, 
"Waktu yang kusesali adalah jika pagi hingga matahari terbenam, 'Amalku tidak bertambah sedikitpun, padahal aku tahu saat ini umurku berkurang."

Justeru, kehidupan di dunia ini hanyalah sementara. Ketika ada sisa kekuatan, kesempatan dan peluang untuk membuat kebaikan, mulakanlah! Jangan menanti hari esok untuk berkata baik. Pengakhiran hidup kita hanyalah di tangan Allah. Semoga kita semua mendapat pengakhiran hidup yang baik. Khusnul Khotimah impian semua...

Sebarkan bahagia. Sebarkan info. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close