Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Simpan Makanan Dan Sayuran Agar Tahan Lama

Ada banyak petua lama yang sering diamalkan oleh orang-orang dulu dalam menjaga makanan dan sayuran agar tahan lama bagi mengelakkan makanan atau sayuran itu cepat busuk. Cara atau petua lama yang diamalkan juga mudah dan boleh dilakukan oleh generasi muda.

Petua Simpan Makanan Dan Sayuran Agar Tahan Lama


1. Jika mengupas bawang dalam kuantiti yang banyak, Jangan basuh bawang tersebut sebab ia akan cepat rosak atau busuk. Sebaliknya Simpan dalam plastik atau bekas kedap udara di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan barulah dibasuh.

2. Kelapa parut memang mudah basi. Untuk membuatkan ia tahan lama sehingga dua hari, kukus kelapa parut selama 10 minit. Kemudian simpanlah dalam peti sejuk.

3. Jika anda gemarkan ikan goreng dan mahu ia tahan lama, apabila mengelar ikan, lumurkan garam dan kunyit pada ikan serta selitkan dengan asam keping di celah kelaran ikan tersebut. Goreng ikan sehingga garing. Cara ini akan membuatkan ikan goreng lebih tahan lama dan lebih enak.

4. Untuk mengelakkan makanan anda cepat basi, cuba masukkan dua atau tiga keping asam gelugor dalam apa jua masakan anda selepas dimasak.

5. Halia dan kunyit yang terdedah akan cepat rosak. Cuba letak halia dan kunyit di dalam bekas plastik dan ikat rapi. Halia dan kunyit akan tahan lebih lama.

6. Taugeh memang cepat layu dan mudah lembik. Ada petuanya untuk menyegarkan taugeh. Rendam taugeh dalam air dan letakkan sekeping asam gelugur di dalamnya. Taugeh akan kekal segar.

Taugeh Tahan lama


7. Untuk elakkan cili kisar cepat basi, semasa mengisar masukkan sedikit minyak. Cara ini bukan sahaja akan membuatkan cili kisar tahan lama tetapi akan menghancurkan bijinya.

8. Jika anda membeli cili benggala dalam kuantiti yang banyak, ada kemungkinan ia akan rosak dan tidak segar lagi walaupun disimpan di dalam peti sejuk.


Cili Benggala Tahan Lama


Apa kata anda lapkan terlebih dahulu cili benggala tersebut dengan kain lembap dan letak dalam bekas kedap udara sebelum menyimpannya dalam peti sejuk.

Selamat mencuba petua warisan orang lama yang dikongsikan di atas. Semoga bermanfaat buat kita semua.

Sebarkan bahagia, sebarkan info...

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Assalamu`alaikum...perkogsian yang sangat bermanfaat. Selain tips di atas mak saya bila beli sayur dia akan basuh dulu sayur2 tu lepas tu mak saya akan letak dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk. Alhamdulillah sayur berdaun terutamanya kekal segar jer walopun dah seminggu. Ada juga cara lain kalo sayur tu dah layu nak atasinya boleh ikut caranya di SINI

    ReplyDelete
  2. Terima kasih infonya! Memang sangat berguna, sebab selalu je sayur ni mereput dalam fridge..huu

    ReplyDelete
  3. Info yang sangat berguna terutamanya taugeh tu. hehe

    ReplyDelete
  4. Terima kasih share info. Berguna sangat ilmu ni. Barulah bahan basah dapat tahan lebih lama.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close