Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sayur Goreng Campur Yang Enak Dan Ringkas

Bab makan semua orang suka. Yang penting halal dan sedap. Betul tak kekawan? Selain suka makan, saya juga suka buat koleksi resepi, kemudian mencubanya dan jika ianya benar-benar sedap, saya akan sharekan dengan anda semua. Hihi...

Saya pun ada cuba buat resepi sayur goreng campur yang ringkas dan semestinya enak! Nak cuba? Apa salahnya. Cara memasaknya pun hanya perlukan empat langkah sahaja. Mudah kan?


Resepi Sayur Goreng Campur Yang Enak Dan Ringkas



Resepi Sayur Goreng Campur Yang Ringkas


Bahan-bahan

50 gram kobis
50 gram kailan
50 gram jagung muda
50 gram lobak merah
50 gram cendawan
50 gram sotong
1 ulas bawang putih
1 sudu besar tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya

1. Panaskan kuali. Masukkan satu sudu minyak masak

2. Ketuk bawang putih dan tumiskan

3. Kemudian masukkan kesemua sayuran dan sotong

4. Masukkan sedikit air, tepung jagung serta garam dan gula secukup rasa. Setelah masak boleh hidangkan.

OK. Mudah kan? Semuanya masukkan sekaligus dan jangan masak terlalu lama. Nanti kesegaran sayuran tersebut akan hilang.

Kenapa letak tepung jagung? Supaya hidangan sayur goreng campur kita kelihatan pekat dan berkilat. Jika tak suka tepung jagung, anda boleh gantikan dengan sedikit sos tiram.

Selamat mencuba!

Sebarkan info...


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close