Koleksi Tazkirah Yang Indah Tentang Kehidupan Dan Kematian - Hidup adalah perjalanan panjang menuju matlamat akhir yang bernama kematian. Dunia adalah ladang akhirat. Tempat kita mengumpul bekalan kebaikan untuk di bawa ke ladang akhirat.
Justeru, saya kongsikan nasihat baik-baik, rangkuman tazkirah yang diperolehi dari berbagai sumber. Semoga niat yang baik menjadikan segalanya mudah untuk berubah ke arah hidup yang lebih baik dan diberkati.
Dari Abu Musa Al Asy'ary ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya orang-orang Asy'ary bila persediaan mereka dalam peperangan hampir habis atau makanan bagi keluarga mereka di Madinah itu tinggal sedikit maka mereka mengumpulkan sisa-sisa yang ada pada mereka pada satu kain kemudian mereka membagi-baginya dengan sama rata pada satu bejana. Mereka adalah termasuk golonganku dan aku termasuk golongan mereka". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Justeru, saya kongsikan nasihat baik-baik, rangkuman tazkirah yang diperolehi dari berbagai sumber. Semoga niat yang baik menjadikan segalanya mudah untuk berubah ke arah hidup yang lebih baik dan diberkati.
Koleksi Tazkirah Yang Indah Tentang Kehidupan
TAZKIRAH SUBUH : BERMURAH HATI, BERDERMA DAN BERINFAK DALAM KEBAIKAN
Dari Jabir ra. bahwasanya Rasulullah saw bersabda: "Takutlah kamu sekalian akan zalim kerana sesungguhnya kezaliman itu merupakan kegelapan pada hari kiamat, dan takutlah kamu sekalian akan kikir kerana sesungguhnya kekikiran itu telah membinasakan orang-orang yang sebelum kamu di mana mereka terdorong untuk menumpahkan darah dan menghalalkan apa apa yang telah diharamkan ". (Riwayat Muslim)Dari Abu Musa Al Asy'ary ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya orang-orang Asy'ary bila persediaan mereka dalam peperangan hampir habis atau makanan bagi keluarga mereka di Madinah itu tinggal sedikit maka mereka mengumpulkan sisa-sisa yang ada pada mereka pada satu kain kemudian mereka membagi-baginya dengan sama rata pada satu bejana. Mereka adalah termasuk golonganku dan aku termasuk golongan mereka". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda: "Makanan dua orang itu cukup bagi tiga orang, dan makanan tiga orang itu cukup bagi empat orang". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ya Allah, Allah, Allah, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, "Saya belum korban lagi,sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama". Ketika itu Allah sampaikan salam padanya.
Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.
***
Wahai isteri,
Layanlah suami dengan baik.
Tawan hati mereka supaya suami gembira.
Buatlah kerana Allah.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.
Maafkanlah kekurangan mereka..
kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.
Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.
Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.
Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia.
Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.
Sebagai ibu,
Persiapkanlah anak-anakmu dalam perjuangan agama. Pesanlah pada anakmu,
"Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah."
Anak ialah harta paling berharga.
Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie.
Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis.
Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu.
Lebih
nikmat dari segalanya.
Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw.
Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain.
Berilah masa didik mereka.
Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.
Mungkin Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Mungkin kebaikan dan jutaan hidayah datang melalui mereka.
Mungkin mereka akan pegang panji Islam di dunia.
Dan di akhirat ... dengan ribuan orang di belakang mereka.
Tak apalah dunia ini kita kurang sikit.
Syurga semakin dekat.
Dunia ini sekejap sahaja.
Wahai isteri solehah,
Kamulah harta paling bernilai.
Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu.
Untuk isteri seperti kamu.
Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
Dari Abu Umamah Shaday bin 'Ajlan ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda: "Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu memberikan kelebihan hartamu maka itu sangat baik bagimu dan jika kamu menahannya maka itu sangat jelek bagimu. Kamu tidaklah dicela kerana berkecukupan. Dahulukan orang yang menjadi tanggunganmu; dan tangan yang di atas (pemberi) itu lebih baik daripada tangan yang dibawah (yang diberi)". (Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda: "Setiap pagi ada dua malaikat yang datang kepada para hamba, di mana yang satu berdoa: "Wahai Allah, berikanlah ganti kepada orang yang menafkahkan hartanya", dan malaikat yang lain berdoa: "Wahai Allah, binasakanlah harta orang yang kikir". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Ibnu Mas'ud ra. dari Nabi saw., bersabda: 'Tidak ada iri hati yang diperbolehkan kecuali dalam dua hal iaitu: Seseorang yang diberi kekayaan harta oleh Allah kemudian dihabiskannya dalam menegakkan kebenaran, dan seseorang yang diberi ilmu oleh Allah kemudian diamalkan dan diajarkannya kepada sesama manusia". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Allah Ta'ala berfirman: Katakanlah: "Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya." Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik. (Surah Saba' 34:39)
Allah Ta'ala berfirman:
Ayat 76 - Sesungguhnya Qarun termasuk kaum Musa* tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau terlalu bangga. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membanggakan diri."
* Qarun adalah salah seorang saudara sepupu Nabi Musa 'alaihissalam
Ayat 77 - Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.
Ayat 78 - Dia (Qarun) berkata: " Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada pada ku. "Tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka.
Ayat 79 - Maka keluarlah dia (Qarun) kepada kaumnya dengan kemegahannya*. Orang yang menginginkan kehidupan dunia berkata : "Mudah-mudahan kita mempunyai harta kekayaan seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar."
* Menurut mufassir, Qarun keluar dalam satu iringan yang lengkap dengan pengawal, hamba sahaya dan inang pengasuh untuk memperlihatkan kemegahan kepada kaumnya.
Ayat 80 - Tetapi orang yang dianugerahkan ilmu berkata: "Celakalah kamu! Ketahuilah, pahala Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dan (pahala yang besar) itu hanya diperoleh oleh orang yang sabar."
Ayat 81 - Maka Kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah dan dia tidak termasuk orang yang dapat membela diri.
Ayat 82 - Dan orang yang dahulu mengangan-angankan kedudukannya (Qarun) itu berkata: "Aduhai, benarlah kiranya Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya).Sekiranya Allah tidak melimpahkan kurnia pada kita, tentu Dia telah membenamkan kita pula. Aduhai, benarlah kiranya tidak akan beruntung orang yang mengingkari (nikmat Allah)."
Semoga bermanfaat kepada kita semua. Berubah menjadi baik amatlah payah, oleh itu kita kena mencari ilmu untuk melakukan perubahan tersebut. Hidup harus ada penghijrahan, lakukan ia perlahan-lahan. Kita harus berubah setiap hari, dari baik kepada yang lebih baik.
KENAPA ALLAH MENYAMPAIKAN SALAM BUAT KHADIJAH?
Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul iaitu suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. Kata Syeikh Tariq Jamil rah, tidak kurang daripada 200 tampal.Ya Allah, Allah, Allah, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, "Saya belum korban lagi,sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama". Ketika itu Allah sampaikan salam padanya.
Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.
***
Wahai isteri,
Layanlah suami dengan baik.
Tawan hati mereka supaya suami gembira.
Buatlah kerana Allah.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.
Maafkanlah kekurangan mereka..
kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.
Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.
Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.
Jagalah aurat kerana Allah.
Jaga aurat bukan kerana kita baik.
Tapi ia perintah Allah.
Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah.
Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.
Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia.
Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.
Sebagai ibu,
Persiapkanlah anak-anakmu dalam perjuangan agama. Pesanlah pada anakmu,
"Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah."
Anak ialah harta paling berharga.
Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie.
Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis.
Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu.
Lebih
nikmat dari segalanya.
Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw.
Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain.
Berilah masa didik mereka.
Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.
Mungkin Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Mungkin kebaikan dan jutaan hidayah datang melalui mereka.
Mungkin mereka akan pegang panji Islam di dunia.
Dan di akhirat ... dengan ribuan orang di belakang mereka.
Tak apalah dunia ini kita kurang sikit.
Syurga semakin dekat.
Dunia ini sekejap sahaja.
Wahai isteri solehah,
Kamulah harta paling bernilai.
Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu.
Untuk isteri seperti kamu.
Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga Firdaus tempat kamu.
BERIKANLAH SEDEKAH
Dari Asma' binti Abu Bakar Ash Shiddiq ra. berkata : "Rasulullah saw. bersabda kepadaku: "Janganlah kamu menutup-nutupi apa yang kamu miliki, maka Allah akan menutupi rezekimu". Dalam riwayat lain dikatakan "Nafkahkanlah, berikanlah dan sedekahkanlah hartamu serta janganlah kamu menghitung-hitungnya maka Allah akan menghiting-hitungnya untukmu; dan janganlah kamu menakar-nakarnya (menyukat/membataskan jumlah), maka Allah akan menakar-nakarnya untukmu".(Riwayat Bukhari dan Muslim)
TAZKIRAH SUBUH: KESENANGAN DI DUNIA HANYA SEMENTARA
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Ali-Imran : 185)PESANAN IMAM SHAFIEE SEBELUM MENINGGAL DUNIA
Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:
1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.
3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.
4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.
5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.
6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.
7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.
8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.
9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.
10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."
~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.
TAZKIRAH SUBUH: NILAI SEDEKAH SEBUTIR KURMA
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang bersedekah dengan senilai sebutir kurma dari hasil usaha yang baik (halal) di mana Allah tidak akan menerima kecuali yang baik (halal) maka sesungguhnya Allah akan menerimanya dengan tangan kananNya kemudian Allah memelihara (mengembangkan)nya untuk orang yang bersedekah itu sebagaimana salah seorang di antara kamu sekalian memelihara anak kuda, sehingga sedekah itu menjadi sebesar gunung". (Riwayat Bukhari dan Muslim)TAZKIRAH: PERBUATAN TERBAIK DALAM ISLAM?
Dari 'Abdullah bin 'Amr bin Al 'Ash ra. bahawasanya ada seseorang bertanya kepada Rasulullah saw. :"Perbuatan apa saja yang terbaik dalam Islam?" Beliau menjawab: "Iaitu kamu memberi makan, dan mengucapkan salam baik kepada orang yang sudah kamu kenal maupun orang yang belum kenal". (Riwayat Bukhari dan Muslim)Dari Abu Umamah Shaday bin 'Ajlan ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda: "Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu memberikan kelebihan hartamu maka itu sangat baik bagimu dan jika kamu menahannya maka itu sangat jelek bagimu. Kamu tidaklah dicela kerana berkecukupan. Dahulukan orang yang menjadi tanggunganmu; dan tangan yang di atas (pemberi) itu lebih baik daripada tangan yang dibawah (yang diberi)". (Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda: "Setiap pagi ada dua malaikat yang datang kepada para hamba, di mana yang satu berdoa: "Wahai Allah, berikanlah ganti kepada orang yang menafkahkan hartanya", dan malaikat yang lain berdoa: "Wahai Allah, binasakanlah harta orang yang kikir". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Ibnu Mas'ud ra. dari Nabi saw., bersabda: 'Tidak ada iri hati yang diperbolehkan kecuali dalam dua hal iaitu: Seseorang yang diberi kekayaan harta oleh Allah kemudian dihabiskannya dalam menegakkan kebenaran, dan seseorang yang diberi ilmu oleh Allah kemudian diamalkan dan diajarkannya kepada sesama manusia". (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Allah Ta'ala berfirman: Katakanlah: "Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya." Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik. (Surah Saba' 34:39)
TAZKIRAH SUBUH: HARAM TAKABUR DAN SOMBONG
Kisah Qarun dan kekayaanya (Al-Qasas : 76-82)Allah Ta'ala berfirman:
Ayat 76 - Sesungguhnya Qarun termasuk kaum Musa* tetapi dia berlaku zalim terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau terlalu bangga. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membanggakan diri."
* Qarun adalah salah seorang saudara sepupu Nabi Musa 'alaihissalam
Ayat 77 - Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.
Ayat 78 - Dia (Qarun) berkata: " Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata kerana ilmu yang ada pada ku. "Tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka.
Ayat 79 - Maka keluarlah dia (Qarun) kepada kaumnya dengan kemegahannya*. Orang yang menginginkan kehidupan dunia berkata : "Mudah-mudahan kita mempunyai harta kekayaan seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun, sesungguhnya dia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar."
* Menurut mufassir, Qarun keluar dalam satu iringan yang lengkap dengan pengawal, hamba sahaya dan inang pengasuh untuk memperlihatkan kemegahan kepada kaumnya.
Ayat 80 - Tetapi orang yang dianugerahkan ilmu berkata: "Celakalah kamu! Ketahuilah, pahala Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dan (pahala yang besar) itu hanya diperoleh oleh orang yang sabar."
Ayat 81 - Maka Kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah dan dia tidak termasuk orang yang dapat membela diri.
Ayat 82 - Dan orang yang dahulu mengangan-angankan kedudukannya (Qarun) itu berkata: "Aduhai, benarlah kiranya Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya).Sekiranya Allah tidak melimpahkan kurnia pada kita, tentu Dia telah membenamkan kita pula. Aduhai, benarlah kiranya tidak akan beruntung orang yang mengingkari (nikmat Allah)."
TAZKIRAH SUBUH: KELOMPOK ORANG YANG ALLAH HINDARI PADA HARI KIAMAT
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulul lah saw. bersabda: "Ada tiga kelompok orang yang nanti pada hari kiamat Allah tidak akan berbicara dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan (mengampuni dosa) mereka dan Allah tidak akan memandang mereka, serta mereka akan disiksa dengan siksaan yang pedih, iatu: "Orang tua yang berzina, raja (penguasa) yang suka bohong, dan orang miskin yang sombong". (Riwayat Muslim)Semoga bermanfaat kepada kita semua. Berubah menjadi baik amatlah payah, oleh itu kita kena mencari ilmu untuk melakukan perubahan tersebut. Hidup harus ada penghijrahan, lakukan ia perlahan-lahan. Kita harus berubah setiap hari, dari baik kepada yang lebih baik.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.