Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Semua Akan Indah Pada Akhirnya

Andai kita bisa mengulang perbuatan sendiri yang sakit di hati pada orang yang telah merasai, tentu kita tidak ada peluang menikmati manisnya rasa sebuah insaf yang menggetarkan hati. Kenang relung silam dengan membasuh dosa silam, tadahkan ampunan kepadaNya, harap diterima jalan kembali seorang aku ini.

Percayalah teman..semua akan indah pada akhirnya. Dalam perjalanan panjang ini, sesekali toleh ke belakang kerana di situ pelajaran kita bermula. Dari situ jika ada duka yang bertakung, mari ubati dengan iman yang kukuh di hati. Detik dan waktu yang tak kembali itu kita gantikan dengan kecintaan pada takdirnya yang telah ditentukan.


Semua Akan Indah Pada Akhirnya

Janganlah engkau gelisah terhadap musibah-musibah malam hari kerana tiada satu pun musibah itu yang kekal abadi. {Imam AS-Syafii}

Seandainya...

Seandainya masa lampau boleh di ulang dan diperbaiki, tentu diri ini orang pertama mahu memungut dan mentafsir kenangan silam dengan warna-warna suci. Tentu tiada istilah penyesalan dalam kamus hidup seorang aku. Tentu waktu ini aku tidak berasa terkilan kerana tidak sedar wujudnya kamu. Tentu tiada lagi janji yang terlepas demi tersilap mencatur perjalanan.

Percayalah pada hati yang meyakini. Jaga hatimu sayang.
Jika hati itu baik, maka baiklah tuannya. Jika hatimu buruk, maka buruklah diri kita,sayang. Hati yang baik adalah hati yang kenal penciptaNya. 

Sebarkan bahagia. Sebarkan info. 
Sebarkan Bahagia:

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close