Bagaimanakah Cara Berhenti Merokok Yang Mudah? Nanti saya ceritakan. Sebelum itu, sebagai makluman asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun dan lebih kurang 63 dari bahan kimia di dalam rokok boleh menyebabkan barah. Merokok membahayakan kesihatan. Semua orang tahu. Dari kecil, besar, dewasa dan hingga kita tua pun, orang masih bercakap tentang satu fakta yang sama iaitu merokok merbahaya. Banyak kesan tidak baik dengan sebab merokok, antaranya kesihatan terganggu, pembaziran yang melampau, persekitaran kurang sihat dan banyak lagi.
Jadi, anda semua sudah baca tentang bahayanya merokok, kan? Jika tidak ingin berubah, anda sendiri menanggung kesannya dalam jangka masa panjang. Baca kisah tentang peritnya untuk berhenti merokok seperti kisah ayahanda saya di bawah...
Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?
Bagaimanakah Cara Berhenti Merokok Yang Mudah?
Jadi, anda semua sudah baca tentang bahayanya merokok, kan? Jika tidak ingin berubah, anda sendiri menanggung kesannya dalam jangka masa panjang. Baca kisah tentang peritnya untuk berhenti merokok seperti kisah ayahanda saya di bawah...
Ayahanda saya dahulu orangnya kuat merokok. Pada satu ketika beliau batuk tak henti-henti selama lebih kurang 2 tahun. Kami risau juga dibuatnya. Macam-macam kami cuba untuk mengubati batuknya itu tetapi masih gagal. Jadi, kami sarankan agar beliau berhenti merokok. Ayahanda kami seorang yang agak warak, solat berjemaah tak pernah tinggal, ilmu agamanya tinggi tetapi masih tidak boleh menolak rokok. Pada satu hari, beliau telah mendengar ceramah agama di TV tentang asal usul tembakau, seperti yang saya coretkan di atas. Bermula daripada hari itu, hari yang penuh bersejarah bagi kami (rasanya...), ayahanda telah mengingatkan dirinya bahawa merokok adalah haram. Bila beliau terlupa, kami akan mengingatkan. Terus dibuangnya semua koleksi rokok yang banyak lalu dibakarnya rokok-rokok dan tembakau yang ada.
Bagaimanakah keadaannya ketika mula-mula berhenti merokok? Ya memang perit. Bayangkan beliau telah mula merokok seawal umur 13 tahun. Dan cuba berrhenti merokok ketika umur mencecah 60 tahun!! Selera makannya berkurangan, batuk-batuk sepanjang masa (kerana badan masih terkejut...), sentiasa nak cari rokok (nasib baik rokok dah kena bakar semua...). Dan cara ayahanda bertekad menahan ketagihan rokoknya adalah dengan dua cara, iaitu:
1. Berpuasa sunat
2. Berpegang teguh dengan kenyataan merokok hukumnya makruh (ada sesetengah ulama mengatakan haram!)
Akhirnya beliau berjaya! Mudahnya untuk berhenti merokok, hanya dengan memasang tekad dan niat dalam hati. Namun, sokongan moral daripada insan di sekeliling juga amat membantu.
Kini, mengingatinya hanya tinggal di dalam memori. Ayahanda yang kami sayangi telah bersemadi di bumi haram Mekah al mukarramah... al Fatihah untukmu ayahanda!

Renungan daripada Ustaz Azhar Idrus tentang merokok,
Sebabnya, Mana ada orang hisap rokok bermula dengan BISMILLAH..! Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..! Menyalakan api adalah kesukaan syaitan... ! Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi... !! Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib... !Sebarkan Demi Islam!!
Kerana sayangkan sahabat-sahabat semua, saya kongsikan ilmu di atas untuk di renungkan. Tinggalkan yang tak baik tetapi berubah kepada kehidupan yang gembira, sihat dan tenang. Memang maut boleh menjemput tidak mengira masa, tanpa sebab dan tidak diketahui di mana...tetapi kita mampu mengubah keadaan kesihatan tubuh badan kita, jika itu yang kita mahu.
Sebarkan bahagia untuk hidup lebih tenang. Menuju kampung akhirat...
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.