Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kata-Kata Hikmah Penenang Jiwa

Kata-Kata Hikmah Penenang Jiwa | Hatimu tidak tenang? Mudah saja ubatnya. Ambillah wuduk, solat lalu berdoa. Insyaa Allah, hatimu tenang kembali. Hati yang gelisah, sering menampakkan wajah yang muram dan tidak berseri. Sabar, tabah dan luahkannya kepada Allah. Dia yang Maha Mengetahui. Jika masih tak tenang, tentu ada sebab musababnya, adakah mungkin kita belum cukup ikhlas atas segala takdir yang terjadi? Justeru, kita perlukan kata perangsang dan nasihat berguna dari sahabat dan taulan. Simpan segala nasihat yang baik-baik kerana sesungguhnya nasihat kebaikan akan menenangkan kita.

Kata-Kata Hikmah Penenang Jiwa

Apa boleh dikata? Mungkin masalah anda tidak serupa dengan orang lain. Lalu, apa yang anda harapkan? Mungkinkah kata-kata motivasi dan perangsang yang menenangkan jiwa? Jika itu yang dimaksudkan, jom baca dan hayati kata-kata hikmah penenang jiwa yang saya kongsikan di bawah.  

Kata-Kata Hikmah Penenang Jiwa


1. Harta yang paling menguntungkan adalah sabar. Teman yang paling akrab adalah amal. Pengawal peribadi yang paling berwaspada ialah diam. Bahasa yang paling manis ialah senyum. Dan...ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

2. Allah mengizinkan kita disakiti agar esok lusa kita tahu cara mengubati orang yang terluka. Tuhan buat kita menangis agar esok kita mampu menghiburkan orang yang bersedih. Allah menjadikan manusia dengan kelemahan dan kelebihan agar kita sedar bahawa hanya dengan berdoa dan berusaha Dia akan jadikan segalanya indah pada waktu yang tepat.

3. Bersikap positif tidak hanya akan mengubah hidup tetapi juga akan mengubah dunia.


Kata-Kata Hikmah Penenang Jiwa


4. Sesekali ALLAH uji kita, tapi kita cakap, 'Aku tak pernah bahagia'. Sesekali kita menangis, tetapi kita cakap, 'Aku jarang ketawa'. Sesekali kita kecewa, tetapi kita cakap, 'Aku tak pernah berjaya.' Banyaknya nikmat Allah yang kita lupakan, tetapi ujiannya yang sedikit itu yang kita hiraukan. Dimanakah syukur kita? Sedangkan hakikatnya ujian itu juga adalah salah satu rahmat dan tanda KASIH Allah pada kita.

5. Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya. Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong bererti cinta itu berkurang. Siapakah cinta hakiki itu? Sesungguhnya Dialah yang satu, ALLAH.

6. Doa memberikan kekuatan kepada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya, dan memberikan keberanian kepada orang yang ketakutan.

7. Ya Allah, jadikanlah al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.

8. Bila kita sendiri sering diuji dengan apa yang kita dakwahkan, itu petanda Alah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha untuk mengingatkan manusia.

9. Kadang-kadang Allah hantar orang baik dekat kita, sebab kita tak cukup baik. Dan, kadang-kadang Allah tarik balik mereka semua sebab Allah nak tengok, kita jadi baik sebab Allah atau sebab manusia.

10. Carilah sahabat yang jujur dan hiduplah dalam kalangan mereka kerana mereka itu adalah perhiasan pada waktu senang dan bekalan pada waktu kesusahan.

Semoga bermanfaat kepada anda yang sedang mencari kata-kata motivasi penenang jiwa.

Sebarkan bahagia, sebarkan ilmu.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close