Resepi Asli Asam Pedas Johor Yang Mudah Dan Lazat | Apa istimewanya Asam Pedas Johor hinggakan ia seakan jadi fenomena pula dalam dunia masa kan dan pencinta masakan tersebut? Haih! Panjang pulak mukaddimah saya ekk? Asam Pedas sebenarnya amat mudah untuk disediakan, menyihatkan, dan menyegarkan. Kalau nak tahu, masa zaman persekolahan dahulu, saya gemarkan Asam Pedas ayam yang disediakan di asrama. Sebab apa asrama sediakan asam pedas? Sebab ia amat mudah di masak. Betul kan?
Mengikut pengalaman saya menyediakan asam pedas ala Johor, bahan-bahan asasnya sangat ringkas. Dan, daripada perbualan saya dengan seorang warga tua yang cintakan masakan asam pedas, sebenarnya asam pedas Johor tak perlu letak pelbagai bahan perisa tambahan seperti belacan, bunga kantan, ataupun tomato. Cukup dengan bahan asas sahaja. Betul ke?
1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong sederhana besar
1 ikat daun kesum
1 cawan cili kisar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Air secukupnya - lebih kurang 4 cawan
Gambar kepala ikan merah yang hampir selesai diratah...hihi
Mengikut pengalaman saya menyediakan asam pedas ala Johor, bahan-bahan asasnya sangat ringkas. Dan, daripada perbualan saya dengan seorang warga tua yang cintakan masakan asam pedas, sebenarnya asam pedas Johor tak perlu letak pelbagai bahan perisa tambahan seperti belacan, bunga kantan, ataupun tomato. Cukup dengan bahan asas sahaja. Betul ke?
Resepi Asli Asam Pedas Johor
Resepi berikut asalnya saya pinjam dari blog Puan Yati tetapi diubahsuai mengikut keaslian asam pedas Johor yang saya pelajari dari kecil dahulu.
Bahan-Bahan Asli
1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong sederhana besar
1 ikat daun kesum
1 batang serai - diketuk
3/4 cawan air asam jawa (3 sudu besar asam jawa, dibancuh dengan 1/2 cawan air)
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menumis
Bahan Kisar Asam Pedas Johor
1 cawan cili kisar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Air secukupnya - lebih kurang 4 cawan
Bahan-bahan tambahan ikut suka;
2 biji tomato-belah 4
1 btng bunga kantan-belah 2
1 btng bunga kantan-belah 2
1/2 inci belacan - dibakar. (Untuk dicampur dalam bahan kisar)
Cara-Cara Menyediakan Asam Pedas Johor Yang Asli
- Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan serai, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasa kacau perlahan-lahan.
- Masukan air dalam 1 cawan dan biarkan mendidih.
- Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
- Tambah daun kesum.
- Pekat atau cairnya kuah, bergantung citarasa masing-masing.
- Tambahkan air dalam 3 cawan lagi.
- Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Bila sudah masak, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.
Boleh tambah tomato, bunga kantan dan sayur bendi (jika suka.) Asam pedas Johor yang asli tidak perlu tambah banyak bahan hiasan. Okay...
Kepala Ikan Merah |
Gambar kepala ikan merah yang hampir selesai diratah...hihi
Selamat mencuba resepi asli asam pedas Johor yang lazat. Dan, yang penting mudah!
Kongsikan jika suka, sebarkan bahagia.
5 Comments
hurrm....air tu masuk sekali time kisar bahan2 tu ke?
ReplyDeleteAIR YG 4 CAWAN TU KE? AIR ITU UNTUK MASAK IKAN NANTI. MASA KISAR BAHAN MASUKKAN AIR SEDIKIT SUPAYA MUDAH DIKISAR.
Deletebila masa nak masukkan serai?
ReplyDeletebila masa nak masukkan serai?
ReplyDeleteMasa tumis bahan-bahan kisar tu, maaf saya tertinggal pulak...nnti saya betulkan, TQ
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.