Isteri zaman sekarang kebanyakannya berkerja. Ada sesetengahnya pula terpaksa duduk berjauhan dengan suami kerana komitmen kerja yang menyukarkan mereka berpindah randah. Namun begitu, faktor jarak dan kekangan masa bukanlah alasan wanita yang bergelar isteri untuk melanggar hukum ketaatan kepada suami. Isteri wajib taat kepada suami! Itulah faktanya.
Wanita yang bekerja untuk membantu suami meringankan beban keluarga amatlah digalakkan. Tetapi dengan syarat mendapat keredhaan sang suami dan sentiasa hormatinya sebagai ketua dalam sesebuah rumahtangga.
Perkahwinan menuntut suami isteri untuk duduk dan tinggal bersama. Perkara itu perlu diusahakan bersama. Pasti ia memerlukan pengorbanan. Bagaimanapun, suasana ekonomi sekarang sangat menghambat golongan berkeluarga, seterusnya merungkai kemesraan dalam hubungan suami dan isteri. Isteri harus memberi ketaatan sepenuhnya kepada suami.
Ini sebagai balasan kepada tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri. Jika keluarga menghadapi masalah kewangan, isteri tetap perlu mentaati suami dan bersabar atas ujian serta berbincang untuk mencari jalan keluar.
Maka berdirilah seorang wanita yang duduk antara wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua-dua pipinya lalu bertanya: “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (hadis riwayat al-Bukhari)
Banyakkan bertaubat dan sedekah, lebih-lebih lagi terhadap suami yang baik dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada isteri serta keluarga. Pihak isteri wajib mendahulukan suami daripada keluarganya. Suami yang baik pula tidak seharusnya memutuskan silaturahim di antara isteri dan keluarga mereka.
- Sumber
Nota penulis:
Catatan di atas adalah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri juga, kerana kadang kala kita terlupa dan lalai untuk melaksanakan tanggungjawab kita kepada yang berhak. Semoga hidup kita semua berubah setiap hari kepada kehidupan yang lebih baik dan bahagia.
#Sebarkan bahagia
Wanita yang bekerja untuk membantu suami meringankan beban keluarga amatlah digalakkan. Tetapi dengan syarat mendapat keredhaan sang suami dan sentiasa hormatinya sebagai ketua dalam sesebuah rumahtangga.
Taat Seorang Isteri
Perkahwinan menuntut suami isteri untuk duduk dan tinggal bersama. Perkara itu perlu diusahakan bersama. Pasti ia memerlukan pengorbanan. Bagaimanapun, suasana ekonomi sekarang sangat menghambat golongan berkeluarga, seterusnya merungkai kemesraan dalam hubungan suami dan isteri. Isteri harus memberi ketaatan sepenuhnya kepada suami.
Ini sebagai balasan kepada tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri. Jika keluarga menghadapi masalah kewangan, isteri tetap perlu mentaati suami dan bersabar atas ujian serta berbincang untuk mencari jalan keluar.
Isteri perlu bijak memahami hati dan budi suami
Dalam hal ini suami jarang mahu berkongsi masalah kerana keegoan lelaki. Isteri perlu bijak memahami hati dan budi suami. Ini berdasarkan satu riwayat ketika Rasulullah selesai berkhutbah hari raya yang mengandungi perintah untuk bertakwa kepada Allah dan anjuran untuk mentaati-Nya.Baginda bangun menuju golongan wanita untuk menasihati dan mengingatkan mereka mengenai akhirat, kemudian bersabda: “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api neraka jahanam!”
Maka berdirilah seorang wanita yang duduk antara wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua-dua pipinya lalu bertanya: “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab: “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (hadis riwayat al-Bukhari)
Perbanyakkan Istighfar
Bagi mengatasi masalah antara hubungan suami isteri, seharusnya isteri sentiasa memperbanyakkan kemaafan, istighfar dan mohon reda suami dalam setiap tindakan.Banyakkan bertaubat dan sedekah, lebih-lebih lagi terhadap suami yang baik dan tidak mengabaikan tanggungjawab kepada isteri serta keluarga. Pihak isteri wajib mendahulukan suami daripada keluarganya. Suami yang baik pula tidak seharusnya memutuskan silaturahim di antara isteri dan keluarga mereka.
- Sumber
Nota penulis:
Catatan di atas adalah sebagai peringatan kepada diri saya sendiri juga, kerana kadang kala kita terlupa dan lalai untuk melaksanakan tanggungjawab kita kepada yang berhak. Semoga hidup kita semua berubah setiap hari kepada kehidupan yang lebih baik dan bahagia.
#Sebarkan bahagia
3 Comments
nota untuk diri sy juga.. touching pulak rasa. kadang2 kalau marah, lupa, semua dosa2 sy suami yg tanggung.. sobss sobss..
ReplyDeleteKita sentiasa kena muhasabah diri...
DeleteKita sentiasa kena muhasabah diri...
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.