Kejayaan bukan datang bergolek.
Semua orang tahu dan perlu ambil tahu.
Kejayaan Datang Bersama Risiko Dan Halangan. Benar sekali apa yang dikongsikan oleh Mentor Jutawan Dr Azizan Osman.
Bila semuanya manis, bukan kejayaan yang kekal namanya. Iya ke? Bolehkah saya meneka begitu? Sudah tentu boleh. Kerana, bila semuanya manis-manis, mudah dan ada di depan mata, kita mudah lupa.
Melayu kan mudah lupa! Ada yang marahkah bila saya sentuh bab ini? Tak mengapalah. Anda boleh marah. Tetapi inilah kenyataan yang perlu diakui. Bila disakiti kita marah menggila. Tidak lama kemudian dimomokkan dengan janji manis, kita lupa lagi. Hish!!
Seharusnya, untuk berjaya perlu ada kekayaan diri. Inilah yang paling mahal dan sukar diperolehi. Ia bukan boleh dikaut sehari dua malahan ada yang merantau ke tujuh benua untuk menggapainya.
Kekayaan diri.
Ilmu Agamanya. Ilmu dunianya. Sama tinggi. Sama rendah menunduk ke bumi.
Subhanallah. Kekayaan diri itu luas skopnya. Belajar. Pelajari. Gali. Hingga ke hujung bumi. Jangan berhenti. Dengan kekayaan diri yang seimbang, insyaa Allah risiko yang mendatang dapat diatasi dengan berjaya. Barulah terhasil kejayaan yang berpanjangan.
Sebarkan bahagia kerana Allah janjikan bahagia untuk semua hambaNya.

Dalam proses mencapai impian, kita terpaksa menempuh halangan dan risiko. Risiko kehilangan sokongan, kasih sayang dan penerimaan orang yang hampir dengan kita. Oleh itu, bersabarlah dan mintalah pertolongan daripada Allah.
Kejayaan Datang Bersama Risiko
Bila semuanya manis, bukan kejayaan yang kekal namanya. Iya ke? Bolehkah saya meneka begitu? Sudah tentu boleh. Kerana, bila semuanya manis-manis, mudah dan ada di depan mata, kita mudah lupa.
Melayu kan mudah lupa! Ada yang marahkah bila saya sentuh bab ini? Tak mengapalah. Anda boleh marah. Tetapi inilah kenyataan yang perlu diakui. Bila disakiti kita marah menggila. Tidak lama kemudian dimomokkan dengan janji manis, kita lupa lagi. Hish!!
Seharusnya, untuk berjaya perlu ada kekayaan diri. Inilah yang paling mahal dan sukar diperolehi. Ia bukan boleh dikaut sehari dua malahan ada yang merantau ke tujuh benua untuk menggapainya.
Kekayaan diri.
Ilmu Agamanya. Ilmu dunianya. Sama tinggi. Sama rendah menunduk ke bumi.
Subhanallah. Kekayaan diri itu luas skopnya. Belajar. Pelajari. Gali. Hingga ke hujung bumi. Jangan berhenti. Dengan kekayaan diri yang seimbang, insyaa Allah risiko yang mendatang dapat diatasi dengan berjaya. Barulah terhasil kejayaan yang berpanjangan.
Sebarkan bahagia kerana Allah janjikan bahagia untuk semua hambaNya.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.