Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tip Elak Mudah Jatuh Cinta Buat Wanita

Tip Elak Mudah Jatuh Cinta Buat Wanita. Jika ada wanita di luar sana yang sedang mencari cinta, berhati-hatilah. Kerana perasaan yang hadir dalam hati tidak semestinya cinta sebenar. Mungkin saja ia perasaan sayang dan suka. Wanita suka bila orang lelaki berikan perhatian. Wanita mudah jatuh cinta jika lelaki itu menepati ciri-ciri pelakon kesukaannya.


Tip Elak Mudah Jatuh Cinta Buat Wanita


Jangan mudah menabur cinta. Kawal diri dari mudahnya jatuh cinta pada seseorang. Lagi bahaya jika jatuh cinta pada milik orang. Berwaspadalah.

Jom baca tip elak mudah jatuh cinta buat wanita. Mungkin ada tip di bawah ini yang boleh digunakan untuk mengawal diri daripada mudah jatuh cinta!


Tip Elak Mudah Jatuh Cinta Buat Wanita 


1. Ambil Masa


Wanita yang baru putus cinta atau berpisah dengan pasangan akan mudah jatuh cinta. Mereka memerlukan seseorang untuk mengadu ataupun kerana berasa sunyi. Hubungan baru yang terjalin biasanya tidak bertahan lama kerana wanita menjadikan ia sebagai tempat melepas perasaan marah atau kecewa. Sebaik-baiknya, berilah masa pada diri sendiri. Ambil masa beberapa bulan untuk jatuh cinta semula.


Tip Elak Mudah Jatuh Cinta Buat Wanita


Pujuk diri sendiri dengan mengatakan bahawa jatuh cinta dengan terburu-buru tiada faedahnya, bimbang anda akan dikecewakan buat kali kedua dan seterusnya.

2. Hormat Diri Sendiri


Jadilah wanita yang ada harga diri. Punyai nilai tersendiri yang jarang ada pada wanita lain. Contohnya sedikit garang dengan lelaki, meletakkan syarat-syarat tertentu untuk jatuh cinta pada lelaki, banyak mempelajari ilmu agama dan lain-lain lagi. Jika wanita mudah jatuh cinta, ia dianggap seperti wanita murahan. Hormati diri sendiri dengan bataskan pergaulan bebas dengan lelaki.

Dengan cara ini orang lelaki lebih memandang tinggi terhadap anda.

3. Sibukkan Diri


Wanita mudah berasa sunyi dan memerlukan teman untuk berbual. Jika teman-teman sekeliling sudah mempunyai kekasih hati, mereka pun terikut-ikut mahu dimiliki. Jika tidak berfikir panjang, anda mungkin terjatuh cinta pada lelaki yang salah.


Tip Elak Mudah Jatuh Cinta Buat Wanita


Jangan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Sibukkan diri anda dengan kawan-kawan baik dan pergilah melancong atau lakukan riadah bersama. Bila anda sibuk, peluang untuk fikiran anda menerawang untuk mencari teman lelaki akan berkurangan. Ketahuilah bahawa cinta akan datang pada masa yang tepat dan pada waktu yang anda tidak sangkakan.

4. Bijak Membezakan 


Wanita mudah jatuh cinta terhadap orang lelaki yang suka memberikan perhatian. Sudah lumrah wanita lembut sifatnya dan hatinya, jadi bagi lelaki yang melayannya dengan baik, wanita rasa dilindungi. Namun tidak semuanya layanan baik kaum Adam bermaksud mereka menyukai anda. Ada sesetengah lelaki melayani dengan baik dan sama rata terhadap kawan perempuan mereka. Ada orang lelaki baik terhadap wanita kerana hormatkan mereka.

Jadi, duhai wanita berfikirlah secara matang dan rasional. Sesuaikan layanan mereka dengan bijak. Jika tersilap tafsir, sangkakan mereka menyukai anda lalu membuatkan anda jatuh cinta! Itu yang bahayanya...

5. Berhenti berkhayal


Akhir sekali, berhenti berkhayal. Wanita mudah jatuh cinta dengan karekter yang sering ditonjolkan di dalam drama TV. Kerana, dalam drama semua watak digambarkan baik, macho dan berkerjaya mewah. Namun sebaliknya di alam realiti.

Tak semua lelaki memiliki kesempurnaan sedemikian rupa. Jadi berhati-hatilah dengan lelaki yang suka menyamar untuk memancing hati wanita dengan kemewahan. Padahal, itu semua lakonan semata.

Jadi, wanita-wanita di luar sana, berhenti berkhayal. Kehidupan nyata tidak indah-indah belaka. Pilihlah kesederhanaan dalam memberikan cinta. Semoga anda semua berjaya dengan cinta yang dimimpikan.

Ok. Panduan yang diberi sekadar pandangan daripada sudut seorang wanita yang pernah jatuh cinta, kemudian terluka dan bangkit semula meraih cinta sejati. Hihi...

Cinta itu meraih banyak perhatian. Bak kata seseorang, "Mencintaimu...harus menjadi aku!"

Harus difikirkan sama-sama frasa tersebut.

Sebarkan Bahagia.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close