Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Aneka Resepi Sup Yang Lazat Dan Ringkas

Anda suka makan sup? Apa agaknya hidangan sup yang paling rare tapi sedap? Hmm...bagaimana dengan sup ketam? Atau sup telur?

Okay. Saya pun nak mencuba pelbagai hidangan sup yang lazat. Apakata tengok resepi aneka masakan sup yang saya kongsikan di bawah ini.

1. Resepi Sup Petola Dengan Telur


Aneka Resepi Sup Yang Lazat


Bahan-bahan:

1 biji petola | dihiris nipis
20 gm ikan bilis
1 biji telur
750 ml air
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 cm halia
10 gm daun bawang
2 sudu makan minyak masak | untuk menumis
½ sudu teh kicap cair
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara Memasak:


1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan.

2. Masukkan air bersama petola, ikan bilis serta telur.

3. Biarkan mendidih seketika.

4. Masukkan kicap cair, garam dan lada sulah secukup rasa.

5. Akhir sekali, taburkan daun bawang dan hidangkan.

2. Resepi Sup Tulang 


Aneka Resepi Sup Yang Lazat

Bahan-bahan:

1 1/2 kilo tulang rusuk lembu
2 biji bawang besar (dibelah empat)
8 ulas bawang putih (dibelah dua)
2 inci halia (dihiris nipis)
8 biji buah pelaga
4 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu sederhana rempah kurma
1 bungkus sup bunjut
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
3 liter air
1 sudu besar barli
Daun sup secukupnya
Perahan air limau nipis secukupnya

Cara membuatnya:

1. Rebus tulang lembu hingga empuk lebih Kurang 1 jam. Untuk memastikan daging lembut dan tidak liat, elakkan daripada mengacaunya ketika merebus.

2. Kemudian, panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan rempah kurma. Tumis sebentar dan tambahkan sedikit air. Selepas itu tuangkan ke dalam rebusan tulang lembu tadi.

3. Masukkan sup bunjut, perahan limau nipis, air barli dan garam. Kacau rata dan didihkan sebentar.

4. Taburkan daun sup dan sup tulang sedia untuk dihidangkan.


3. Resepi Sup Ketam




Bahan-bahan:

150gm isi ketam
3 biji telur
300gm jagung dalam tin
5 cawan stok ketam
1 sudu besar halia dihiris
1/4 sudu kecil lada putih
3 biji cendawan hitam kering
Garam secukup rasa
Sedikit cuka makan
3 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1/4 cawan daun bawang (dihiris nipis)

Cara memasaknya:

1. Masukkan stok ketam ke dalam kuali, bersama isi ketam, jagung, halia, cendawan, garam dan serbuk lada putih. Masak dengan api sederhana lebih kurang 15 minit atau sehingga mendidih.

2. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air, cuka dan putih telur. Kacau perlahan.

3. Taburkan sedikit daun bawang sebagai hiasan.

4. Sup ketam siap untuk dihidangkan.


4. Resepi Sup Ikan Merah



Aneka Resepi Sup Yang Lazat


Bahan-bahan:

3 potong ikan merah
4 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 biji kentang - dibelah enam
1 biji tomato - dibelah empat
Sedikit halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Lada hitam biji - tumbuk
Daun sup dan bawang goreng secukupnya - untuk hiasan

Cara-cara menyediakannya:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih serta halia yang dihiris bersama kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan air secukupnya. Biarkan air menggelegak. Masukkan kentang hingga empuk.

3. sebelum dimasukkan ikan. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.


5. Resepi Sup Ayam Simple


Aneka Resepi Sup Yang Lazat Dan Ringkas


Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam
3 biji kentang - belah 4
2 biji tomato - belah 4
1 sup bunjut adabi
1 biji bawang besar - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris halus
1 pokok daun sup - cincang kasar
Bawang goreng secukupnya - tabur atas sup
Air secukupnya

Cara Memasaknya:

1. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan tomato ke dalam periuk dan didihkan di atas api.

2. Bila sudah mendidih, masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.

3. Teruskan proses memasak menggunakan api sederhana perlahan sehingga ayam dan ubi kentang empuk.

4. Masukkan daun sup dan tomato, kacau rata. Tutup api.

5. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba aneka koleksi resepi sup yang lazat dan mudah di atas. Memasak taklah susah tetapi memerlukan passion. Barulah boleh timbul rasa lazat tu..hihi..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close