Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apakah Kelebihan Bersahur?

Kelebihan Bersahur yang perlu kita semua ambil tahu. Bersahur bukan sahaja boleh melapangkan fikiran dan membuang rasa lapar pada kesokan harinya tetapi juga ia adalah sunat hukumnya. Amalan bersahur dapat membezakan ibadat puasa kita dari kalangan ahlul kitab.

Apa yang dimaksudkan dengan ahlul kitab? **Sumber Ahlul kitab dalam Al Qur’an adalah kaum Yahudi dan Nasrani, kerana kitab suci telah diturunkan kepada mereka dalam wujud kitab sebuah kitab suci, mereka pada dasarnya adalah umat yang membaca dan menulis. Berbeza dengan umat Islam yang merupakan umat penghafal pada asalnya. Itulah salah satunya hikmah Al Quran diturunkan secara bertahap melalui lisan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Penyebutan ahlul kitab yang bermakna kaum Yahudi dan Nasrani juga berlaku secara umum, tanpa ada pengkhususuan kelompok tertentu dari mereka. Berangkat dari sini, dapatlah difahami bahawa siapa pun yang mengaku sebagai Yahudi ataupun Nasrani, maka dia adalah ahlul kitab apa pun fahaman teologinya.


Apakah Kelebihan Bersahur?

Hadis Riwayat: Riwayat Bukhari & Muslim

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.

Pengajaran Hadis :

i) Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

ii) Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

iii) Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

iv) Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T.

v) Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.


Manakala, Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan bersahur *sumber, yang antara lainnya ialah:
  • Menuruti sunnah;
  • Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
  • Menambah kekuatan untuk beribadat;
  • Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
  • Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
  • Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa. 
Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.
Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi
Semoga kita semua tidak mengambil ringan tentang kelebihan bersahur hingga mengurangkan pahala puasa Ramadhan kita. Lagipun, bersahur bukanlah amalan yang berat hinggakan Nabi Muhammad SAW berkata bahawa makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma. Wallahua'lam.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close