Bahagia bermula dari dalam diri anda sendiri. Anda sendiri yang menentukan nilai bahagia yang anda cari. Bahagia amatlah subjektif sifatnya. Ada yang bahagia kerana dilimpahi wang ringgit, ada yang cukup dengan kehadiran insan tersayang yang membuatnya bahagia. Namun ada juga yang mentafsirkan bahagia sebagai anugerah di atas segala kerja keras iaitu kedudukan dan jawatan yang tinggi dalam syarikat. Jika ditulis beribu ayat sekalipun, setiap orang mentafsirkan bahagia dari sudut yang berbeza-beza.
Jadi, apakah nilai bahagia bagi anda?
Bahagia bagi saya pula adalah apabila disayangi, dihormati, dikelilingi oleh keluarga dan sahabat yang baik. Diingati ketika masih ada dan dikenang ketika tiada. Bagi saya nak bahagia simple sahaja. Perasaan yang ceria dan kehidupan yang baik. Cukup buat saya bahagia.
Mengapa saya katakan begitu? Adakah bahagia boleh ditanam di dalam jiwa yang kering kontang, tanpa kasih sayang?
Sebenarnya...bila lihat orang tersayang tersenyum gembira, kita pun ikut bahagia. Tanpa sedar, kita berasa riang. Semua kerja pun boleh beres dengan cepat. Cuba kita dihadapkan dengan berita yang sedih seperti ibu bapa sakit, anak demam, dan macam-macam lagi. Apa perasaan kita? Bolehkah kita bahagia dengar semua itu. Tentu sekali tidak!
Ya. Bahagia akan datang dalam diri yang penuh dengan nilai baik dan kasih sayang yang berpanjangan.
Sedangkan haiwan pun ada perasaan kasih dan sayang, inikan pula kita yang berakal. Fikirkanlah!
Bahagia akan jadi mudah bila kita selalu bersangka baik. Tak percaya? Mari kita praktikkan.
1. Bersyukur
2. Redha
3. Tidak sibuk mencanang keburukan orang lain
4. Lihat sesuatu musibah adalah hikmah, iaitu berfikir secara tenang dan positif selalu
5. Jangan marah-marah
6. Sentiasa kembali kepada Allah dalam sedih ataupun gembira
7. Senyum selalu
Insyaa Allah, kita semua mampu mencapai bahagia bila selalu bersangka baik dengan sesiapa sahaja walaupun dengan musuh sendiri.
Ada pula orang kata,
Semoga hidup kita semua diselimuti rahmat dan kebahagiaan. Jangan berhenti untuk sebarkan bahagia kerana Allah janjikan bahagia untuk semua.

Bahagia Ada Di Dalam Diri Sendiri

Cara bersangka baik yang boleh diamalkan oleh kita semua:
1. Bersyukur
2. Redha
3. Tidak sibuk mencanang keburukan orang lain
4. Lihat sesuatu musibah adalah hikmah, iaitu berfikir secara tenang dan positif selalu
5. Jangan marah-marah
6. Sentiasa kembali kepada Allah dalam sedih ataupun gembira
7. Senyum selalu
Insyaa Allah, kita semua mampu mencapai bahagia bila selalu bersangka baik dengan sesiapa sahaja walaupun dengan musuh sendiri.
Ada pula orang kata,
Bahagia adalah apabila kita banyak memberi dari menerima. Bahagia adalah apabila kita melihat orang yang kita sayangi diulit kebahagiaan.Natijahnya, bahagia tidak dapat dijual beli. Ia lahir dari keikhlasan diri sendiri. Walaupun ia berbentuk subjektif namun secara realistiknya kita juga perlukan material untuk melengkapkan kebahagiaan itu.
Semoga hidup kita semua diselimuti rahmat dan kebahagiaan. Jangan berhenti untuk sebarkan bahagia kerana Allah janjikan bahagia untuk semua.
1 Comments
Betul tu. Kalau dlm diri tak bahagia, orang lain nak happykan kita pon, kita macam berpura-pura pada diri sendiri kan
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.