Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Air Nabeez Dengan Kurma Atau Kismis

Air Nabeez adalah minuman kegemaran Nabi Muhammad SAW. Ia dibuat sama ada daripada kurma atau kismis. Tetapi air Nabeez yang diperbuat daripada kismis adalah lebih lazat.

Jika air detox adalah campuran pelbagai buah-buahan citrus dengan air kosong, daun herba atau madu dan dibiarkan selama beberapa jam sebelum di minum. Sebaliknya, air nabeez hanya mencampurkan kurma atau kismis (salah satu) dengan air kosong. Ia tidak dicampurkan dengan buah-buahan lain.

Cara Buat Air Nabeez Dengan Kismis


Caranya mudah sahaja. Dengan cara merendam kismis dengan air. Air nabeez ini bermanfaat untuk kesihatan dan merawat penyakit. 


Cara Buat Air Nabeez Dengan Kurma Atau Kismis

Caranya, selepas solat Isyak, rendam sekitar 100 gram kismis dalam 1 liter air masak ke dalam jug/gelas yang bertutup. Pagi berikutnya, anda boleh minum air dan kismis yang direndam. Anda boleh juga kisar (air + buah direndam) untuk mendapatkan warna nabeez kismis yang kecoklatan.

Anggaran masa merendam kismis adalah 8-12 jam. Contohnya, jika anda rendam buah kismis pada waktu pagi, minum waktu petang dan begitulah sebaliknya.

Cara Buat Air Nabeez Dengan Kurma Atau Kismis


Nabeez kismis boleh dimakan dalam tempoh 12 jam terendam, tetapi jika ia disimpan di dalam peti sejuk, ia tidak akan rosak selama 2-3 hari.  Insya'Allah. Ia menjadi lebih manis dalam peti sejuk selepas 24 jam. 

Cara Buat Air Nabeez Dengan Kurma


Rendam beberapa butir kurma (sebaik-baiknya dalam bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Simpan dalam jug/gelas yang bertutup. Boleh diminum selepas direndam dalam 8-12 jam. Buah kurma yang telah lembut itu dimakan begitu sahaja.

Air detox kurma atau disebut juga air nabeez ini boleh diminum begitu sahaja/ boleh dikisar sebelum diminum.

Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi jika tiada kurma ajwa boleh gantikan kurma dari jenis lain seperti Sekki, Barhi dan dan sebagainya. *Untuk makluman, kurma ajwa hanya tumbuh di tanah Madinah (Saudi Arabia) dan ini merupakan kurma kegemaran Nabi Muhammad SAW, warna hitam, tekstur lembut. Kurma ini tidak terlalu manis namun rasanya hampir mirip dengan kismis.

Tapi ingat ya, dilarang meminum air rendaman kurma/ kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma/ kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman kismis/ kurma itu sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum.

Anda boleh juga ubahsuai air nabeez ditambah dengan susu/ yogurt untuk dijadikan smoothie.

Selamat mencuba. Air nabeez samada daripada kurma atau kismis, kedua-duanya pun makanan sunnah. Minuman kesihatan yang berkat. Insyaa Allah...

Read More ....


Post a Comment

7 Comments

  1. orang mengandung boleh minum ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...ia minuman sunnah. Amalan Nabi Muhammad SAW..

      Delete
  2. As salam, Air Nabeez boleh minum pada bila2 masa ke? Maksud saya , waktu pagi sebelum sarapan .

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum... air masak tu air yg panas atau air yg dah sejuk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air masak yang sudah sejuk. Air suam pun boleh jugak. Jangan panas sangat...tq

      Delete
  4. Kalau air nabees disimpan dlm peti sejuk selama semingu, boleh minum lagi tak? Adakah terjadi juga proses penapaian walaupun air tersebut diletakkan dalam peti sejuk?

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close