Makan sahur ketika berpuasa adalah sunnah dan di dalamnya ada keberkatan. Makan sahur menjadikan kita cergas ketika berpuasa di siang hari. Jadi, tentukan apa yang kita makan itu adalah makanan yang sihat dan seimbang.
Nak tahu waktu terbaik bersahur? Mengikut Nabi Muhammad saw, waktunya adalah 10-15 minit sebelum masuk waktu subuh. Jadi, melambat-lambatkan sahur adalah amalan sunnah yang patut dicontohi.
Menu Sihat Ketika Sahur
Ada sesetengah orang meneruskan diet mereka ketika berpuasa. Itu pun bagus untuk mengawal keseimbangan berat badan. Dan, bagi yang sukar untuk diet, apa kata anda ikut menu seperti biasa tetapi dengan menu yang sihat ketika sahur seperti disarankan dibawah.
1. Lebihkan air, vitamin dan elektrolit
Ertinya, minum air putih@ air kosong dan buah-buahan, atau jus buah tanpa gula. Air kelapa juga boleh. Caranya minum air kelapa dulu, dan kerana sifat elektrolit di air kelapa, maka kita akan masih berasa haus, kemudian diteruskan dengan minum air putih. Ketika tidur tubuh kita kehilangan berat 1-2 kg, dan itu adalah air. Jadi memulakan puasa dengan pemulihan cecair adalah langkah yang baik.
Macam mana nak cukupkan 3 liter air minum ketika berpuasa? Dahlah masanya terhad. Sebenarnya mudah saja, bukan saja 3 liter air boleh minum, 4 liter pun boleh dapat.
Macamana nak maintain minum air kosong sepanjang bulan puasa?ni?
Boleh cuba minum dengan cara berikut:-
Setiap kali minum 2 gelas (250 ml) air = 500 ml.
1. Semasa berbuka, mulakan berbuka dengan minum air dan kurma (amalan rasulullah)
2. Sebelum solat maghrib
3. Sebelum Isyak
4. Sebelum Solat Terawih
5. Selepas Terawih
6. Sebelum Tidur
7. Sebelum Sahur
8. Selepas Sahur
Jumlahnya, 8 x 500 ml = 4 liter
Selamat mencuba. Pasti boleh. Puasa juga mesti nak cergas, tak mau lembik-lembik tau!
Macam mana nak cukupkan 3 liter air minum ketika berpuasa? Dahlah masanya terhad. Sebenarnya mudah saja, bukan saja 3 liter air boleh minum, 4 liter pun boleh dapat.
9 Langkah Mudah Minum Air di Bulan Puasa
Macamana nak maintain minum air kosong sepanjang bulan puasa?ni?
Boleh cuba minum dengan cara berikut:-
Setiap kali minum 2 gelas (250 ml) air = 500 ml.
1. Semasa berbuka, mulakan berbuka dengan minum air dan kurma (amalan rasulullah)
2. Sebelum solat maghrib
3. Sebelum Isyak
4. Sebelum Solat Terawih
5. Selepas Terawih
6. Sebelum Tidur
7. Sebelum Sahur
8. Selepas Sahur
Jumlahnya, 8 x 500 ml = 4 liter
Selamat mencuba. Pasti boleh. Puasa juga mesti nak cergas, tak mau lembik-lembik tau!
2. Menu terdiri dari karbohidrat kompleks
Pilih menu utama yang terdiri dari karbohidrat kompleks seperti nasi merah @ beras perang, ubi, spageti, atau bubur kacang hijau dengan gula. Jenis karbohidrat ini lebih "tahan lama" dalam membuat gula dalam darah stabil, sehingga emosi menjadi lebih seimbang. Keadaan tubuh lebih cergas ketika berpuasa kerana mendapat tenaga yang lebih tahan lama.
3. Menu serat dan sayur-sayuran
Jangan lupakan serat, baik dari sayur atau buah. Selain membersihkan usus, serat adalah "penyapu semulajadi" yang membantu membersihkan sisa daging di celah-celah usus. Contohnya lebihkan makan epal, sayuran hijau atau boleh buat jus timun.
4. Menu lemak Sihat
Pilih lemak sihat atau minyak yang tidak digoreng, seperti zaitun, minyak kelapa atau flaxseed oil. Misalnya dalam bentuk sambal. Lemak membuat pergerakan makanan di perut menjadi lambat, sehingga lebih tahan lapar. Akan tetapi kalau digunakan minyak yang telah digoreng, baik dari makanan yg telah siap yang dibeli semalam, atau diggoreng segera, maka kita memasukkan radikal bebas ke dalam tubuh kita. Akibatnya manfaat puasa secara fisiologi akan berkurangan. Jadi, gunakan minyak baru (sebaiknya minyak zaitun) setiap kali menggoreng atau elakkan makan makanan yang disejuk beku ketika bersahur.
Sebagai kesimpulannya menu makanan sihat yang bagus sewaktu sahur adalah air putih, buah kurma, susu, buah-buah, sayur-sayuran, nasi beras perang dan juga menggunakan masakan yang segar.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.