Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Renungan Buat Hati

Kita datang dari Allah, dan akan kembali kepadaNya jua pada satu masa yang pasti nanti. Bersyukurlah setiap masa kerana diberikan peluang demi peluang yang tak pernah berhenti. Ada yang baik bila kita meminta, Allah berikan tanpa jemu. Ada yang sukar untuk ditunaikan oleh kita yang bergelar hamba, juga Allah makbulkan tanpa syarat dan kata.

Tetapi tergamaknya kita melupakan Dia ketika kesenangan datang menjelma. Ketika semuanya telah kita miliki tanpa sedar kita alpa bahawa kita tidak memiliki apa-apa sebenarnya.


Renungan Buat Hati

Renungan Buat Hati


Dimanakah hatimu saat ini? Adakah sedang berdenyut menyebut, mengingati dan memuja TuhanMu iaitu Allah azzawajala, Tuhan semesta alam? Begitulah selayaknya, seorang hamba yang taat. Semoga cinta di hati tidak mati dalam mencintai Allah..

Di dalam beribu mimpi yang bertabur sepi yang menghantar kepadaMu Ya Allah, hanya ampunan yang dipinta dan terangilah jalanan ini yang diinginkan. Meski didunia ini tiada yang sempurna, hanya memohon dalam taubat kami, untuk diterangi jalanan yang berliku.

Pandangilah insan kerdil ini dengan pandangan kasihMu, ajarkan tentang cinta Mu wahai Pemilik Cinta agar bertambah-tambah kecintaan ini hanya semata-mata untukMU..

Jika hari ini kita tak ada rasa 'feel' sangat dekat Allah, bukan sebab Allah tak 'best' tetapi sebab hati kita tengah 'demam'. ~ Ustazah Fatimah Syarha 


Bila Hati Telah Keras


Tapak kaki jika sudah keras, terpijak batu atau paku pun sudah tidak terasa. Tetapi jika tapak kaki yang lembut, terpijak duri sedikit sudah berdarah. Demikian jugalah hati, bila ia telah keras. Tak rasa bersalah lagi kalau buat dosa. Maka, cucilah hati...lembutkanlah hati dengan istighfar. Redhakanlah hati dengan sedekah.

Orang yang hati kotor melihat orang dengan keburukan dahulu manakala orang yang hati bersih, melihat orang dengan kebaikan dahulu.

Bekunya airmata kerana kerasnya hati, kerasnya hati dari banyaknya dosa, banyaknya dosa dari lupanya mati. Lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia.

Hati Yang Syukur


Alhamdulillah...hati yang bersyukur lebih banyak mengingati Allah. Diuji dengan kesakitan dia mengucap syukur, diberikan kemewahan pun dia bersyukur. Bersyukur kerana dengan kedua-dua takdir, masih mampu ingatkan sang Pemberi Rezeki. Ketika ternama di puncak dunia, masih lagi bersujud di sepertiga malam...

Hati yang bersyukur, orang yang kuat dan sabar adalah orang yang berjaya menyembunyikan perasaan sedihnya kepada orang lain dan sentiasa tersenyum dengan ikhlas. Tanyakan pada hati kita, mampukah jika jadi di antara hati yang bersyukur?

Hati Yang Dimiliki


Dalam tersenyum, teringat pula pada kata-kata Ustaz Haron Din...


Renungan Buat Hati


"Jangan simpan seseorang dalam hati. Hati itu berbolak balik sifatnya. Simpanlah seseorang dalam DOA. Kerana doa tercatat di langit selamanya."

Hati Yang Berbaik Sangka


Kita tidak mampu mengubah hati orang lain untuk berbaik sangka dengan kita. Tetapi kita mampu untuk mentarbiyah dan mendidik hati kita untuk berbaik sangka dengan orang lain.

Jauhkan rasa benci dalam diri, buangkan sifat benci dalam hati. Jangan sengaja menyempitkan diri kerana orang yang paling sempit hidupnya ialah orang yang selalu membenci orang lain. Kerana...dia perlu mengelak dari bertemu dengan orang yang dibencinya. Dan, hatinya selalu sempit kerana perasaan benci yang ada dalam hatinya.

Duhai hati, berbaiklah dengan diri ini. Cintailah kebaikan diri ini dan bukan memandang tinggi keburukan yang ada. Hati tak selalunya baik, hati tak selamanya redha. Adakala cemburu dan dendam datang bertandang. Lalu, apa lagi yang mampu insan kerdil ini lakukan selain berdoa, memohon dan merayu pada sang Pencipta Hati agar ampunkanlah sekeping hati ini.

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Sejukkanlah hati dalam damai
Ketika nanti diri ini dijemput
Senyumkanlah roh memandang jasad
Dalam penyerahan terbaik
Seorang Hamba kepada Tuhannya...
Permudahkan...berikanlah tempat terbaik
Akhiran yang khusnul khotimah...

Aamiin ya rabbal a'lamiin...    

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Tawakkal mengajar kita untuk bertaqwa. Taqwa itulah yang membawa ke syurga

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close