Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Dandelion, Satu Janji Abadi

Dandelion, Satu Janji Abadi - Inilah secebis kisah adanya. Dalam hidup yang berliku kita tak dapat lari dari mengharungi suka dan duka. Terkadang bila hati dipaut gembira, kita alpa bahawa langit tidak selamanya cerah.

Sudah lama sebenarnya dandelion ini bertakhta di hati. Bukan sebab penulisnya berhati rapuh tetapi kerana pemilik nama latinnya Taraxacum Officinale W, adalah bunga yang simple. Ia tidak berkelopak seperti kebanyakan bunga tetapi ada sesetengah pendapat mengatakan dandelion ini memiliki sisi romantis sekaligus sedih yang melambangkan kebebasan, kehidupan baru dan keabadian.


Dandelion, Satu Janji Abadi


Sambil menulis, terbaca dan teringat kata seorang rakan, dandelion adalah falsafah tentang,

“Aku akan terus mencintaimu, meskipun kamu bukan milikku."

Persis. Sebuah cerita dongeng. Ada pertemuan tetapi terlewat. Ada kasih tetapi tersisih. Ada tawa lantas membuahkan ceria. Ada rindu tetapi tidak punyai ruang waktu.

Begitulah. Lumrahnya.

Dandelion, Satu Janji Abadi


Satu janji abadi telah terpatri. Engkau bukan yang terakhir tetapi yang pertama hadir. Pertemuan tidak diciptakan untuk merana tetapi mengenal diri dan hakikat insani.

Kerana seperti dandelion yang tidak pernah mendoakan kesengsaraan dirinya sebaliknya sentiasa teguh berharap, yang pahit kan manis akhirnya.


Dandelion, Satu Janji Abadi


Pergilah. Pergilah! Sejauh mana bahagia itu meninggalkanmu, satu hari dia akan kembali jua.

And then, one fine day I read a book..

13 Jam - A380 Part 17

“ Hana…. Jangan sia-siakan walau sedetik pun masa awak dengan menangisi…. Look at that dandelion…” dia cabut sekuntum lagi bunga liar yang tumbuh melata itu. Bunga yang sudah kering. 

“Kalau awak sayangkan bunga ni, awak akan biarkan ia terbang…walaupun menjauh…walaupun tidak bersama awak…but it’s the best for it. It will grow again.. Flowering again…and all over again it will charm you with its beauty. Love is not about possession. Love is to let your love one lead a happy life, no matter how that person choose it. Not prioritising your happiness but their happiness… If not, don’t call it love. Call it possession. Selfishness…” #sumber

Akhirnya dandelion menjadi satu perlambangan bahawa cinta ertinya membahagiakan, sesiapa sahaja tetapi kamu harus juga tidak prejudis.

Dandelion, Satu Janji Abadi

Mencari bahagia hak semua. Janji Allah itu pasti. Berbahagialah bagi orang-orang yang bertaqwa. Dan beruntunglah orang yang sabar.

Dandelion, kerana janji itu abadi. Aku masih disini.

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Dari sudut manfaat kesihatan bunga dandelion ni bnyak khasiat jg rupanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya ke? Biasanya ia sebagai perlambangan harapan..

      Delete
  2. dlu zaman stdy ada gak belajar pasal bunga ni tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan dapat ilmu. Kalau study overseas selalu dapat tengok bunga ni, tumbuhan melata..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close