Lagu Dendang Perantau memang berhantu. Selalu buat saya rasa sedih. Banyak kenangan mengusik jiwa. Bak kata orang tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak lagu raya paling syahdu abad ini! Hihi...
Saya sharekan video lagu dendang perantau yang evergreen untuk halua telinga kita. Ada tak yang terkenang-kenang?
Sesungguhnya kenangan memang sukar dipadam. Samada ia pahit manis atau payau, tetap pernah menjadi sebahagian sejarah abadi diri kita. Hanya yang mampu, kita jadikan setiap kenangan sebagai hadiah dan pengajaran buat diri, agar menjadi sumber inspirasi. Kebaikan tidak pernah tamat walaupun memori itu telah mati.
Dendang perantau, lagu yang amat nostalgia buat perantau-perantau. Namun, sesekali pulanglah! Tolehlah ke belakang. Tidak ada salahnya.
Kemudian, teruskan kembaramu mencapai bahagia.
Raya kali ni lagi lah sedih bukan sebab saya seorang perantau sebaliknya anak bujang saya yang merantau menuntut ilmu di luar negara dan beraya di perantauan buat pertama kalinya. Walau sidia jauh di sana, baju tetap kami nak sedondon. Hehe...
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau...
Macam-macam boleh 'masuk' kat memori bila dengar lagu Dendang Perantau ni. Teringat masa zaman kanak-kanak, ketika alam remaja duduk asrama, ketika bercinta gaduh dan berpisah dan banyak lagi. Namun kenangan paling best dengar lagu ni bila duduk dalam kereta lalu kat highway terkenangkan arwah ayah. Hmm...sedih...on the way nak balik kampung, teringat kuih kegemaran arwah. Rempeyek kacang tanah tapi arwah suka makan tepungnya aje. Kacangnya dia bagi makan pada cucu-cucu. Nostalgia betul kuih rempeyek nih taw...(mata masuk habuk tetiba...)
Baca: Resepi Rempeyek Kacang Tanah Yang Gerenti Rangup Punya!! Cih!
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia
( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau
( ulang korus hingga akhir )
Baca: Resepi Rempeyek Kacang Tanah Yang Gerenti Rangup Punya!! Cih!
Lagu Raya Dendang Perantau
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia
( korus )
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau
( ulang korus hingga akhir )
Video Lagu Dendang Perantau
Saya sharekan video lagu dendang perantau yang evergreen untuk halua telinga kita. Ada tak yang terkenang-kenang?
Sesungguhnya kenangan memang sukar dipadam. Samada ia pahit manis atau payau, tetap pernah menjadi sebahagian sejarah abadi diri kita. Hanya yang mampu, kita jadikan setiap kenangan sebagai hadiah dan pengajaran buat diri, agar menjadi sumber inspirasi. Kebaikan tidak pernah tamat walaupun memori itu telah mati.
Dendang perantau, lagu yang amat nostalgia buat perantau-perantau. Namun, sesekali pulanglah! Tolehlah ke belakang. Tidak ada salahnya.
Kemudian, teruskan kembaramu mencapai bahagia.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.