Siapakah yang dipanggil anak tengah dalam keluarga? Adakah anak kedua boleh dikategorikan sebagai anak tengah? Atau, anak ke empat, ke lima, dan seterusnya selagi dia bukan anak bongsu. Bagi saya kategori anak tengah dalam keluarga mudah sahaja, iaiatu selagi dia bukan anak sulung atau anak bongsu, maka secara logiknya dialah yang bergelar anak tengah. Hihi...
Mari bersama-sama kita selusuri dan kenali rahsia peribadi anak tengah yang sebahagiannya pasti berkait rapat dengan diri saya sendiri. Secara amnya boleh dikatakan anak tengah seorang yang berdikari, peramah, tahap keyakinan diri yang tinggi dan banyak lagi. (Ehem! ehem! saya lah tu...)
Faham benar rasanya bila terasing dan tidak mempunyai kawan, jadi anak tengah suka bekerja dengan orang lain, jatuh cinta dan menjalinkan persahabatan. Anak tengah memiliki personaliti yang peramah dan mudah berbual dengan orang yang baru dikenali. Anak tengah selalu berusaha menyenangkan orang lain dan menjadi tali pengikat dan pererat persahabatan teman-temannya. Namun hal ini juga menyebabkan mereka tidak pandai dan tidak berani mengambil keputusan dalam segala hal, terutama yang berkaitan dengan dirinya sendiri, kerana takut merugikan orang lain dan juga bimbang kehilangan kawan.
Baca : [+] Rahsia Dan Personaliti Anak Sulung
Berbanding dengan anak sulung atau anak bongsu, anak tengah tidak terlalu meminta-minta dengan ibu bapa kerana mereka lebih berdikari. Tidak hairanlah jika sejak sekolah menengah saya pun sudah jrang meminta daripada orang tua. Hinggakan saya buat keputusan sendiri untuk menolak tawaran ke universiti kerana telah bekerja di bank pada ketika itu. Ada ketikanya, anak tengah tidak ambil endah sangat pada adik beradiknya yang lain. Anak tengah pandai cari duit sendiri.
Sewajarnya, orang tua tidak mengasingkan kasih sayang antara anak-anak. Namun, itu semua kadang-kadang berlaku tanpa sedar. Manusia pun tidak sempurna, ada kekhilafan di sana sini.
Jadi, sebagai usaha mengatasi masalah ini, ibubapa disaran agar memberikan perhatian kepada semua anak secara sama rata. Jangan amalkan pilih kasih dalam membesarkan anak-anak kerana ia boleh mempengaruhi masa depan mereka.
Banyak cerita yang saya dengar tentang anak tengah. Dan saya terlebih rajin nak mengautopsi atau menyiasat rahsia personaliti anak tengah kerana ia berkaitan dengan diri saya sendiri. So, kiranya rahsia peribadi anak tengah yang bakal saya kongsikan adalah sedikit sebanyak berkaitan dengan diri saya. Opss!
Kenali Personaliti Dan Rahsia Peribadi Anak Tengah
1) Anak Tengah Seorang Yang Peramah
2) Percayakan Diri Sendiri
Anak tengah tak kiralah dia anak ke dua, ke tiga atau ke empat, lebih percaya dengan keyakinan sendiri. Senang cerita, sikap percaya diri sangat tinggi. Anak-anak tengah memiliki keberanian yang tinggi. Berani mengambil risiko dan membuat keputusan-keputusan penting.
3) Lebih berdikari
Baca : [+] Rahsia Dan Personaliti Anak Sulung
Berbanding dengan anak sulung atau anak bongsu, anak tengah tidak terlalu meminta-minta dengan ibu bapa kerana mereka lebih berdikari. Tidak hairanlah jika sejak sekolah menengah saya pun sudah jrang meminta daripada orang tua. Hinggakan saya buat keputusan sendiri untuk menolak tawaran ke universiti kerana telah bekerja di bank pada ketika itu. Ada ketikanya, anak tengah tidak ambil endah sangat pada adik beradiknya yang lain. Anak tengah pandai cari duit sendiri.
4) Terasing
Anak tengah sering merasa terasing dalam keluarganya sendiri. Hal ini disebabkan anak pertama atau anak sulung biasanya mendapatkan rasa diutamakan dan perhatian yang besar dari kedua orang tua kerana inilah pertama kalinya mereka memiliki anak. Dari rasa keutamaan dan kecintaan yang dalam ini, timbul tuntutan dari orang tua bahawa anak pertama mesti berjaya, harus menjadi ikutan adik-adiknya dan macam-macam lagi. Oleh kerana tuntutan tersebut, segala hal tentang anak pertama jadi perhatian kedua orangtuanya. Begitu juga dengan anak bongsu. Mereka diberi pehatian dan perlindungan kerana dianggap paling kecil dan harus dibantu dalam segala hal. Maka tinggallah anak tengah seorang diri, terasing dan kurang diberikan perhatian.Sewajarnya, orang tua tidak mengasingkan kasih sayang antara anak-anak. Namun, itu semua kadang-kadang berlaku tanpa sedar. Manusia pun tidak sempurna, ada kekhilafan di sana sini.
5) Paling berbeza
Sebenarnya, diakui atau tidak, setiap anak selalu berjuang untuk memperoleh perhatian dari orang tuanya. Dengan keadaan perhatian orang tua yang demikian, membuat anak tengah berfikir untuk melakukan sesuatu yang lain dari saudaranya. Ya! Anak tengah sukakan cabaran. Sukakan perbezaan. Jika saudaranya yang lain baik, maka anak tengah boleh menjadi pribadi yang tidak menyenangkan dan suka mencari masalah. Sebaliknya, jika saudaranya tidak terlalu baik, maka dia akan berusaha menjadi peribadi yang sangat baik. Bahkan secara penampilan dan gaya hidup, anak tengah akan selalu mencari sesuatu yang berbeza dari saudara-saudaranya. Inilah yang membuatkan mereka berbeza.6) Kreatif dan bebas
Oleh kerana sering bersendirian dan bersemangat untuk melakukan sesuatu, menjadikan imaginasi anak tengah berkembang dengan baik. Kerjaya berkaitan seni dan yang memerlukan kreativiti lainnya sangat sesuai dengan anak tengah, namun mereka kurang selesa bekerja di bawah tekanan. Mereka sangat mencintai sesuatu yang bebas, pekerjaan yang boleh membuat mereka bebas bereksperiment dan tidak terikat sangat dengan peraturan. Kelemahannya adalah kebanyakan anak tengah selalu tidak menghabiskan pelajarannya, dan sukar menyelesaikan sesuatu yang sudah dimulainya. Dalam hal ini, anak tengah memerlukan rakan dan pasangan yang boleh membimbingnya.7) Bermasalah dalam hubungan
Ada beberapa pendapat bahawa anak tengah sukar menjalin hubungan dengan orang lain atau sering bermasalah dalam sesuatu hubungan. Oleh kerana mereka suka menarik perhatian, timbul ketakutan jika kehadiran mereka tidak dihargai. Prasangka tersebut menjadikan sesetengah anak tengah berasa bimbang jika kehadiran mereka tidak dihargai.Jadi, sebagai usaha mengatasi masalah ini, ibubapa disaran agar memberikan perhatian kepada semua anak secara sama rata. Jangan amalkan pilih kasih dalam membesarkan anak-anak kerana ia boleh mempengaruhi masa depan mereka.
8) Suka memberontak
Anak tengah selalu dilabelkan sebagai seorang yang suka memberontak. Ada sahaja yang hendak dibangkang, tidak puas hati atau yang tidak kena. Ini kerana personaliti anak tengah yang kurang pandai berdiplomasi, pakai hentam kromo saja. Anak tengah juga kurang sikit manjanya dan bukanlah jenis yang suka tergedik-gedik seperti anak bongsu.
Namun begitu, jangan tak caya bahawa anak tengah berbakat menjadi pendamai jika anak sulung atau anak bongsu bertelagah.
Cara berfikir anak tengah juga agak unik dan sering menampilkan sesuatu yang berbeza samada dalam karya seni, cara mempersembahkan pandangan mereka dan juga dari citarasa berfesyen.
Akhir kata, anggaplah tulisan di atas sebagai panduan dan info untuk memperbaiki diri tak kira walau siapapun kita. Anak sulung, anak bongsu dan anak tengah mempunyai keistimewaan masing-masing.
Selamat membaca. Semoga dapat dimanfaatkan info yang telah dikongsikan. Yang baik jadikan tauladan.
Sebarkan bahagia.
Namun begitu, jangan tak caya bahawa anak tengah berbakat menjadi pendamai jika anak sulung atau anak bongsu bertelagah.
9) Sukakan perhatian
Anak tengah sukakan perhatian. Dia tidak suka persamaan antara dirinya dengan adik beradik, rakan-rakan ataupun dengan rakan sekerja. Dia sukakan keunikan untuk mendapatkan perhatian.Cara berfikir anak tengah juga agak unik dan sering menampilkan sesuatu yang berbeza samada dalam karya seni, cara mempersembahkan pandangan mereka dan juga dari citarasa berfesyen.
10) Terlalu mengalah
Maksudnya, dia mengalah kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan terutamanya jika bergaduh dengan adik-beradik ataupun pasangan. Biasanya anak tengah adalah 'follower' yang setia. Bila kita membuat rancangan, anak tengah dengan mudah mengikut dan bersetuju tanpa banyak 'songeh'.Akhir kata, anggaplah tulisan di atas sebagai panduan dan info untuk memperbaiki diri tak kira walau siapapun kita. Anak sulung, anak bongsu dan anak tengah mempunyai keistimewaan masing-masing.
Bukankah setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing untuk akhirnya boleh saling menyempurnakan?
Selamat membaca. Semoga dapat dimanfaatkan info yang telah dikongsikan. Yang baik jadikan tauladan.
Sebarkan bahagia.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.