Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Mengapa Muhyiddin Yassin Tidak Dipilih Semula Sebagai TPM?

Mengapa Muhyiddin Yassin Tidak Dipilih Semula sebagai TPM? Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dipilih semula dalam barisan menteri kabinet DS Najib yang baru tahun 2015. Menurut DS Najib, 
keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.



Rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.

Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran

Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.

Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta Negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility).

Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan.

Insha-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat Kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Rabu, 29 Julai 2015, jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak

Senarai Penuh Menteri Dan Timbalan Menteri Persekutuan Berkuatkuasa 29 Julai 2015


Senarai penuh anggota jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan berkuatkuasa 29 Julai 2015 adalah seperti berikut:
  • Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Datuk Seri Mohd Najib Razak
  • Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
  • Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Leow Tiong Lai
  • Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
  • Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Datuk Mah Siew Keong
  • Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
  • Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
  • Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
  • Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
  • Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Dauglas Uggah Embas

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Setahu saya mereka yg digugurkan bila pilihanraya mereka tegas memperjuangkan BN,tapi tu lah,ada hikmahnya

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close