Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Simpan Beras Agar Tidak Berkulat

Beras boleh disimpan lama jika pandai menjaganya. Paling penting simpan beras pada tempat/bekas yang bertutup bagi mengelakkan lipas atau semut memasukinya.

Beras yang disimpan lama akan menjadi berkulat dan diserang kutu. Oleh kerana sukar merawat atau membersihkan kutu yang banyak dalam beras, kita buang semuanya. Kan dah membazir tu...


Petua Simpan Beras Agar Tidak Berkulat

Petua Simpan Beras Agar Tidak Berkulat


Okay. Ada cara untuk mengelakkan masalah ini dari berlaku.

Masukkan bawang putih yang tidak dibuang kulitnya dalam bekas beras. Kemudian, tutup bekas beras tersebut rapat-rapat. Hasilnya, beras tidak akan berkulat ataupun diserang kutu beras walaupun disimpan beberapa bulan.

Ha! Jimat tak? Jadi kita tak perlu buang beras yang sudah berkulat ataupun diserang kutu tau...

Selamat mencuba...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close