Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Prestasi Blog Bulan Jun 2015

Apakah pentingnya sesebuah blog merekodkan prestasi blog masing-masing secara berjadual iaitu paling tidak sebulan sekali? Panjang pulak intro..

Ia penting sebab prestasi blog jadi kayu pengukur bagi pelanggan berpotensi (pontential client) untuk melanggan iklan diblog anda atau menggunakan khidmat anda menulis advertorial untuk sesuatu jenama. Secara tak langsung ia menjadi rujukan yang menguntungkan. So, ada orang tempah iklan, meningkatlah pendapatan anda dari blog. Tak kira anda berblog secara separuh masa atau sepenuh masa.

Prestasi Blog Bulan Jun 2015


Print screen yang saya paparkan adalah analisis yang dilakukan oleh Google melalui Google Analytics.


Prestasi Blog Bulan Jun 2015


Setelah anda melihat analisis blog aynorablogs bulan Jun di atas, saya boleh buat kesimpulan seperti berikut;

1. Pendapatan melalui IKLAN AdSense meningkat 2 kali ganda, contohnya jika bulan Mei pendapatan AdSense setakat USD14, tetapi bagi bulan Jun pendapatan iklan AdSense mencapai USD32.38. Alhamdulillah..

2. Saya juga berjaya jual satu unit produk digital dari program affiliate yang saya sertai. (Sebelum ni susah nak jual..hihi)

3. Jualan jubah, blouse muslimah , tudung, skirt dan sebagainya yang saya juga bertindak sebagai agent affiliate mereka juga bertambah hingga mencecah 2 kali ganda dari kebiasaan.

Dengan pencapaian yang agak memberangsangkan, saya percaya kehadiran dan kunjugan rakan-rakan pembaca menyumbang banyak rezeki kepada blog ini. Alhamdulillah, terima kasih semuanya.

Teruskan menyokong aynorablogs sehingga bila-bila hingga saya mampu memberikan ilmu yang bermanfaat kepada anda semua tanpa jemu.

Akhir kata, saya petik sabda Rasulullah, sampaikanlah dariku walau sepotong ayat...maka yang baik semua milik Allah dan yang silap dan khilaf adalah kerana kekurangan diri saya sendiri.

Selamat membaca. Sebarkan Bahagia kerana bahagia itu milik semua.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close