Resepi jemput-jemput sayur rangup - Jemput-jemput memang mudah disediakan dan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi sekarang jemput-jemput sudah dikomersialkan dan banyak boleh didapati dari dapur restoran hotel terkenal.
Dalam keluarga saya, makan jemput-jemput macam mengimbas memori. Sebab masing-masing adik beradik perempuan pandai menyediakan jemput-jemput dengan aneka cara. Saya pula? Asas membuat jemput-jemput bagi saya amat mudah iaitu tepung, bawang, garam dan air panas. Cara mengadun pun ikut tangan tau...dan saya lebih sukakan jemput-jemput yang rangup! Yummy! Nak sedap boleh letak udang geragau...mabeles dear..
Baca: Resepi Jemput-jemput Udang Geragau
Minggu lepas kami berkesempatan makan di Nasi Ayam Kampung Penyet dan sempat order jemput-jemput sayur dari menu mereka. Hmm...memang sedap. Dan rangup...
Bahan-Bahannya:
2 cawan tepung gandum
1 camca besar tepung beras
3 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh baking powder
2 biji bawang besar, saiz sederhana, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 biji lobak merah - hiris
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng terendam
Sos atau sambal tumis untuk dimakan bersama cucur
Cara Membuatnya:
1. Dalam satu bekas, masukkan bawang, daun sup, cili merah, cili hijau, lobak merah dan ikan bilis. Tambah garam secukup rasa (anggaran 1 camca teh) dan baking powder. Gaul rata2. Masukkan telur, gaul lagi dan tambah tepung gandum dan tepung beras. Kacau rata.

Resepi Jemput-Jemput Sayur Rangup

2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan air habis. Rehatkan sekejap.
3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kacau adunan tadi, sudukan 1 camca besar penuh dan tuangkan ditepi kuali (tuang biar sebahagiannya jatuh dalam minyak panas). Buat beberapa cucur/jemput-jemput sayur untuk sekali goreng dan setiap satu kaedahnya sama, dituang tepi kuali. Macam saya nak buat jemput-jemput sayur rangup saiz besar, lebih mudah gunakan tangan aje...
4. Perlahan-lahan, jatuhkan cucur ke dalam minyak panas dan goreng hingga kuning keemasan pada setiap bahagian. Angkat dan toskan, susun secara sendeng (untuk toskan minyak) pada dulang yang dialas kitchen paper towel. Buat hingga siap dan boleh hidangkan bersama sambal tumis atau sos pilihan anda..
Selamat mencuba!
Selamat mencuba!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.