Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Aku Redha Kepada Allah

Redha dengan segala pemberian Allah swt samada kurang atau lebih, buruk dan baik dan sebagainya. Redha bukan bermakna kamu menyerah diri, bermurung, tiada semangat berjuang untuk hidup atau kamu mengambil peluang dengan perkataan redha dengan sengaja tidak mahu berusaha.

Aku redha kepada Allah

Redha yang sebenarnya adalah perbuatan berserah diri sepenuhnya hanya kepada Allah azzawajalla setelah kita berusaha sedaya dan semampu kita mengikut keadaan dan kudrat yang kita ada. Jika beginilah keadaannya, insyaa Allah kita akan perolehi kekayaan. Iaitu, kaya di mata Allah dan kaya di akhirat nanti.

Qanaah (puas diri) adalah satu sifat yang dianjurkan oleh ajaran agama. Bermakna, mukmin yang baik meredhai rezeki, anugerah dan nasib yang telah diberikan dan dianugerahkan Allah. Mereka beriman iaitu yakin kepada keadilan pembahagian Allah, meyakini kebijaksanaanNya dalam membahagikan anugerahnya serta meyakini kemuliaan dan rahmatNya kepada setiap hambaNya.


Aku Redha Kepada Allah


Ungkapan, 'aku redha kepada Allah' merupakan ungkapan yang sangat agung, yang keluar daripada hati seorang Muslim yang beriman kepada Allah, yang sangat tinggi nilainya.

Sebagai hamba yang dijadikan dengan segala sifat kesempurnaan dan diberikan akal untuk berfikir, bukankah itu tandanya kita istimewa? Bagaimana untuk membalas segala pemberian Allah swt ini? Tak lain dan tak bukan, kita kenalah redha menerima takdir buruk atau baik dariNya. Kerana segalanya dalam perancangan dan pengetahuan Allah. Maka, sudah tentu Dia ada penyelesaian yang indah-indah buat kita.

Itulah sebabnya iman yang kukuh amat perlu bagi setiap mukmin. Iman didada dapat menghalang orang yang berputus asa, tamak dengan harta dunia dan bermacam-macam lagi ragam yang menuju kemungkaran agar terus berdiri di jalan yang lurus.

Rasulullah saw telah bersabda, "Kekayaan bukanlah kerana banyak harta, namun kekayaan adalah kekayaan jiwa."

Kesimpulannya, kita harus meredhai apa yang telah diberi Allah kepada kita samada berupa harta kekayaan, kecantikan, kepandaian, kesihatan, keluarga dan banyak lagi hingga kita dapat hidup dengan bahagia.



Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close