Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bahtera Merdeka Malaysia 58 Tahun

Bahtera merdeka Malaysia Ke 58 Tahun. Selamat menyambut kemerdekaan Malaysiaku. Aku kasihkan negaraku tercinta, aku sayangkan negaraku yang aman damai dan terus makmur sehingga menjulang nama di persada dunia.

Bahtera Merdeka Malaysia 58 Tahun

Bahtera merdeka ini telah lama nyawanya. Telah menjadi lebih gah dari masa ke semasa. Semoga bahtera merdeka kesayangan kita tetap terjaga dari pengkhianat yang bertopengkan perjuangan palsu.


Bahtera Merdeka


Bonda senyum riang
Menerima bahtera merdeka
Putra putri sayang
Putra putri sayang
Sedang berjuang

Fajar telah tiba
Nan menyinsing membawa harapan
Tanah Semenanjung
Tanah Semenanjung
Permata nilam

( korus )
Jiwa dan raga
Buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka

Duhai ibu pertiwi
Putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji


Bahtera merdeka Malaysia 58 tahun menceritakan segalanya. Sejarah telah lama berlalu, kemenangan telah ditegakkan dan kejayaan sedang dicapai dalam segala bidang. Namun percayalah, segala ciptaan manusia tidak pernah kekal lama. 

Berjuang, berjuang dan berjuanglah! Tetapi jangan sesekali terlepas pandang bahawa pemilik segala kejayaan dan kegagalan adalah Allah SWT jua. Perbaiki azam kita setiap hari agar kita boleh menjadi rakyat yang berguna kepada negaranya dan sentiasa memohon agar Allah SWT sentiasa melindungi negara kita supaya berada dalam rahmatNya.

Ada ketikanya kita jatuh dan bangun demi menjaga harta kesayangan kita, ada waktunya airmata dan pengorbanan ditagih agar bahtera merdeka ini terus berlayar ke destinasi yang betul. Duhai yang bijaksana...walau siapapun kamu, janganlah terlepas tali kedaulatan ke tangan tidak bermaruah. Kerana airmata, darah yang mengalir, keringat yang tumpah dan suara yang bergema setiap tahun mengandungi sejarah yang takkan goyah!

Malaysia milik kita! Bukan siapa-siapa.


Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Semoga negara akan terus merdeka...malaysia bukan hak siapa-siapa...

    ReplyDelete
  2. lagu ni masih sedap dan femes sehingga kini. menaikkan semangat untuk terus berjuang demi negara

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close