Mungkin anda pernah mengeluh mengapakah doa-doa yang dipohonkan kepada Allah SWT tidak pernah termakbul? Kadangkala kita menyangka Allah tidak sayangkan kita, kerana itu doa kita tidak dimakbulkan. Subhanallah... jahilnya kita kerana menyangka yang bukan-bukan dengan perancangan rahsia Allah untuk kita.
Tiada doa yang tidak dimakbulkan oleh Allah. Dalam al Quran pun Allah ada berjanji bahawa setiap doa pasti diperkenankan.
Sebagaimana dinyatakan dalam Al Quran:
Sebenarnya ada hikmah yang banyak mengapa doa-doa kita tertunda.
Imam Ibnu Jauzi berkata,
Aku melihat keajaiban ujian, seorang Mukmin berdoa namun tidak dikabulkan, dan mengulangi doanya dan waktunya panjang namun tidak ada tanda-tanda dikabulkan, mestilah dia tahu bahawa ujian ini harus dihadapi dengan sabar.
Janganlah berkeluh kesah bila doa-doamu belum dimakbulkan. Ibnu Qayyim berkata, Bukankah sudah tetap dalam kitab, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. Dengan kekuasaannya Dia boleh mencegah dan memberi kepada siapa yang dikehendakiNya. Tidak ada yang dapat menahannya.
Ingatlah kawan-kawan, sahabat-sahabatku... tidak hilang kebaikan seorang hamba selama dia tidak tergesa-gesa mengeluh dan bersangka buruk dengan Allah.
Banyaknya hikmah yang tersembunyi mengapa Allah belum memakbulkan doa-doa kita. Yang penting kita harus teguh meminta dengan sepenuh hati, yakin 100 peratus bahawa hanya Allah tempat mengadu dan meminta.
Bukanlah asas doa yang dimakbulkan haruslah dilakukan dengan penuh yakin dan khusyuk?
1) Boleh jadi kerana Allah suka mendengar suara kita.
2) Mungkin juga Allah menunda mengabulkan doa kita di dunia kerana hendak ditangguhkan di akhirat atau digantikan dengan pengampunan dosa.

“Dan TuhanMu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.” (Al Mukmin:60).
Hikmah Di Sebalik Doa Yang Tertunda
Sebenarnya ada hikmah yang banyak mengapa doa-doa kita tertunda.
Imam Ibnu Jauzi berkata,
Aku melihat keajaiban ujian, seorang Mukmin berdoa namun tidak dikabulkan, dan mengulangi doanya dan waktunya panjang namun tidak ada tanda-tanda dikabulkan, mestilah dia tahu bahawa ujian ini harus dihadapi dengan sabar.
Janganlah berkeluh kesah bila doa-doamu belum dimakbulkan. Ibnu Qayyim berkata, Bukankah sudah tetap dalam kitab, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa. Dengan kekuasaannya Dia boleh mencegah dan memberi kepada siapa yang dikehendakiNya. Tidak ada yang dapat menahannya.
Ingatlah kawan-kawan, sahabat-sahabatku... tidak hilang kebaikan seorang hamba selama dia tidak tergesa-gesa mengeluh dan bersangka buruk dengan Allah.
Banyaknya hikmah yang tersembunyi mengapa Allah belum memakbulkan doa-doa kita. Yang penting kita harus teguh meminta dengan sepenuh hati, yakin 100 peratus bahawa hanya Allah tempat mengadu dan meminta.
Bukanlah asas doa yang dimakbulkan haruslah dilakukan dengan penuh yakin dan khusyuk?
Antara hikmah doa yang tertunda adalah:
1) Boleh jadi kerana Allah suka mendengar suara kita.
2) Mungkin juga Allah menunda mengabulkan doa kita di dunia kerana hendak ditangguhkan di akhirat atau digantikan dengan pengampunan dosa.
3) Mungkin Allah tidak mengabulkan doa kita kerana Dia sengaja hendak menghilangkan keburukan dari kita.
4) Penundaan terkabulnya doa boleh juga menjadi salah satu bentuk ujian dari Allah kepada kita, Allah ingin menguji iman kita. Allah uji kerana Dia sayang kita melebihi hambaNya yang lain.

Justeru saya mengingatkan kawan-kawan dan sahabat saya, dan diri sendiri juga, marilah kita berdoa memohon kebaikan-kebaikan tanpa henti walaupun permohonan kita itu masih tertangguh.
Nabi Muhammad SAW bersabda, "Tidak ada yang boleh menolak takdir kecuali doa."
Rujukan:
1. Senyum & Nikmatilah Hidup Anda - Mahmud Al-Mishri (Abu Ammar), Jasmin Publications
2. Al kautsar.com
3 Comments
Di jadikan sumber inspirasi hdup
ReplyDeleteBegitu juga saya, menulis artikel di ats sebagai penguat usaha dan yakin dgn janji Allah..
DeleteTerimakasih atas motivasinya, aku harus leebih bersanar atas doa ku yg masih tertunda, janji allah itu pasti
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.