Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Peria Katak Membantu Merawat Diabetes

Peria katak membantu merawat diabetes? Kencing manis atau Diabetes adalah antara penyakit paling banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Ada penghidap kencing manis yang mendapat kencing manis dari sejak lahir lagi. Namun, secara puratanya, penyakit ini menyerang mereka yang berusia 40 an ke atas.

Peria Katak Membantu Merawat Diabetes


Apakah penyebab utama kencing manis?


1. Pengambilan makanan manis yang berlebihan tanpa dikawal dari awal usia, contohnya mengambil coklat, minuman bergas, dan lain-lain lagi.

2. Keturunan dalam keluarga

3. Berat badan yang berbihan kerana kurang melakukan aktiviti senaman.


Jenis-Jenis Diabetes Atau Kencing Manis 


Terdapat dua jenis diabetes, iaitu jenis pertama dan jenis kedua. Mari kita kenal dengan diabetes jenis yang pertama;

Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai insulin-dependent diabetes mellitus (IDDM) atau juvenile-onset diabetes.

Kebanyakan pengidap diabetes jenis 1 masih muda - kanak-kanak, remaja dan orang dewasa muda (tetapi ia juga boleh memberi kesan kepada orang yang lebih tua).

Dalam diabetes jenis 1, pankreas menghasilkan insulin yang sedikit atau tiada langsung kerana sel-sel yang menghasilkan insulin dalam pankreas telah dimusnahkan.

Simptom-simptom atau tanda penyakit diabetes jenis 1 ini datang secara tiba-tiba, yang paling biasa yang dahaga dan kelaparan tetap, kerap membuang air kecil, berat badan berlebihan dan keletihan yang berterusan meningkat.

Jika anda mengidap penyakit jenis 1 ini, anda perlulah mengambil suntikan insulin, diikuti diet yang sihat, senaman dan pemantauan berkala paras glukosa darah.

Diabetes Jenis Kedua sebelum ini dikenali sebagai kencing manis yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM) atau diabetes dewasa-awal, dan dihidapi oleh kira-kira 90% daripada pengidap diabetes, kebiasaannya berumur 40 tahun ke atas.

Pankreas menghasilkan cukup insulin tetapi insulin itu tidak dapat membantu glukosa masuk ke dalam sel-sel kerana sel-sel kebal kepada tindakan insulin.

Anda cenderung untuk mengidap diabetes jenis kedua ini jika;

1. Mempunyai saudara mara yang mengidap penyakit ini.

2. Mempunyai berat badan berlebihan (sel-sel lemak orang membuat ia lebih sukar bagi insulin untuk berfungsi dengan baik - dikenali sebagai rintangan insulin).

3. Kurang melakukan aktiviti fizikal.

4. di diagnosis mempunyai
- tekanan darah tinggi (hipertensi)
- kolesterol darah tinggi (hyperlipidaemia)
- mempunyai keguguran bayi yang kerap atau mempunyai sejarah
melahirkan bayi yang besar.
- mempunyai sejarah menghidap sindrom ovari polisistik.
- prediabetes

- Tanda-tanda yang paling biasa ialah kerap membuang air kecil,
dahaga yang berterusan dan kelaparan, kehilangan berat badan,
keletihan. Adalah penting untuk diambil perhatian bahawa
kebanyakan orang dengan diabetes jenis 2 tidak tahu bahawa
mereka mempunyai penyakit ini kerana kekurangan gejala.

Mereka ini mungkin mendapati bahawa mereka mengidap
diabetes melalui rutin pemeriksaan gula darah atau apabila
mereka dimasukkan ke hospital apabila berlaku komplikasi.

- Mengawal penyakit kencing manis Jenis 2 adalah dengan
mengikuti diet yang sihat dan senaman. Mengambil ubat yang
ditetapkan sahaja tanpa gaya hidup tidak mencukupi untuk mengawal tahap gula dalam darah.

Sumber: National DIabetes Institute (NADI)


Peria Membantu Merawat Diabetes


Peria Katak Membantu Merawat Diabetes


Peria yang merupakan sejenis sayuran pahit dan kurang digemari ini sebenarnya mengandungi Insulin yang juga dihasilkan oleh organ pankreas di dalam tubuh manusia.

Insulin membantu menukarkan glukosa dalam makanan kepada tenaga untuk tubuh badan. Apabila tubuh badan dipenuhi dengan lemak yang berlebihan atau pankreas tidak mampu mengeluarkan insulin, tenaga tidak dapat dihasilkan dan menyebabkan kandungan gula dalam darah semakin tinggi.

Peria yang mengandungi insulin semulajadi boleh digunakan untuk merawat diabetes. Cara yang paling mudah, jadikan ia jus, kisar peria bersama epal dan minum setiap hari. Insyaallah.

Amalan Cara Hidup Sihat Dengan Peria

Bukanlah sayur pilihan kebanyakkan orang, tetapi merupakan TUMPUAN DUNIA PERUBATAN MODEN. Peria digunakan khusus untuk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi dan buasir.

Antara amalan kesihatan yang boleh dilakukan dengan peria :

1. Jadikan peria sebagai jus minuman dan amalkan setiap hari semasa perut kosong untuk mengekalkan kesihatan.

2. Bagi yang mengalami buasir, rebus daun peria dan minum setiap pagi.

3. Wanita yang baru bersalin, digalakkan makan peria ketika berpantang untuk membersihkan dan melancarkan peredaran darah.

4. Penghidap DIABETES, disarankan mengambil peria sebagai menu harian kerana peria dapat mengawal kandungan glukosa dalam darah.

Kesibukan masa kini seiring dengan pelbagai tugasan seharian menyebabkan kita gagal dalam mengamalkan cara hidup yang sihat. Namun begitu ada banyak cara moden dan tradisional yang boleh diamalkan untuk mencegah Diabetes daripada merebak dan semakin teruk. Antaranya dengan mengamalkan pengambilan jus peria secara berterusan dan juga menggunakan beras yang rendah kandungan gulanya.

Marilah amalkan pemakanan sihat untuk hidup lebih ceria.


Rujukan:

1. https://www.facebook.com/pages/Peria-merawat-Diabetes


Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. ilmu yang sangat mafaat terima kasih infonya.

    Salam kenalan dari saya, oohsenyum.com.

    Saya dah follow blog ini.

    Nak tanya awak ini, kalau awak berminat,

    sudi tak bertukar link blog dengan saya

    (bloglist) insy Allah akan bertambah trafik

    di blog awak. Kalau awak sudi beritahu ye.

    comment je kat mana-mana post blog saya

    https://www.oohsenyum.com/

    saya tunggu tau...

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close