Sahabat terbaik susahnya nak ditemui. Ada waktunya kita nak bersendirian, tetapi dia tidak mahu memahami. Bila waktu ketika kita memerlukan, mereka pula tidak muncul dan menjauhkan diri. Mereka yang tidak mengerti perasaan dan kehidupan kita bukanlah dianggap sahabat. Mereka hanyalah kawan yang singgah samada di perjalanan, dalam pekerjaan atau saling menyapa ketika zaman persekolahan. Yang sebenarnya sahabat terbaik adalah mereka yang ada sewaktu diminta dan membiarkan kita menyelesaikan masalah mengikut acuan kita. Menegur dengan hemah apabila kita khilaf. Mendengar apabila kita bersedia untuk berkongsi duka dan bahagia. Sahabat terbaik bertindak sederhana dalam caranya tetapi menenangkan kita!
Sahabat terbaik adalah seseorang yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah ketika bersamanya.
Sahabat terbaik buatku adalah seseorang yang selalu mengajak ke arah kebaikan ketika bersama-samanya.
Sahabat terbaik buatku adalah seseorang yang selalu mengingatkan ku tentang mati dan kematian.
Sahabat terbaik buatku adalah mereka yang menyayangiku kerana Allah, membenci kerana Allah dan mengatur perjalanan ini mengikut aturan Allah.
Sahabat terbaik buatku adalah seseorang yang selalu mendoakan kebaikan, mengingati kebaikan-kebaikanku dan menutup aib-aibku.
Sahabat terbaik buatku adalah kamu yang bersama-sama mencari redha Allah melebihi redha manusia.
Sebarkan bahagia...

2 Comments
Alhamdulillah, rasa tentang dan menusuk kalbu setiap perenggan kata-kata Aynora nur..
ReplyDeleteTerima kasih sahabat...:))
DeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.