Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Penutupan Akaun TNB Menerusi e-Application

Advertisement

Pesanan khidmat masyarakat ini saya kongsikan dari website Tenaga Nasional Berhad (TNB). Mungkin ada antara kita yang tercari-cari maklumat berkaitan penutupan akaun TNB secara online. So, saya berharap maklumat di bawah ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda.

Sebelum ini, ianya hanya dibuka untuk pelanggan Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Cyberjaya sahaja. Tetapi kini ia telah dibuka untuk pelanggan di seluruh semenanjung Malaysia.

Penutupan Akaun TNB Menerusi e-Application

Penutupan Akaun secara Online adalah servis yang baru diperkenalkan di dalam e-Application. Kini ianya telah dibuka di Seluruh Negeri Semenanjung Malaysia di bawah kategori berikut:

1) Akaun di bawah Nama Individu dan Syarikat
2) Akaun dengan Meter Satu/Tiga Fasa

Pelanggan yang berpindah keluar setelah menjual rumah perlu menutup akaun TNB. Apabila pelanggan menutup akaun TNB, bekalan elektrik akan di potong dan bilamana perlu, meter akan ditanggalkan. Pelanggan masih bertanggungjawab ke atas penggunaan bekalan elektrik dan pembayaran akaun sekiranya tidak menutup akaun.


Proses Penutupan Bekalan TNB Secara Online


1. Log Masuk e-Application - Jika anda belum mendaftar, sila DAFTAR terlebih dahulu di laman web e-application.

2. Semak Akaun

3. Bayar Bil Tertunggak

4. Buat Temujanji Bacaan Akhir Meter

5. Pemulangan Wang Cagaran

6. Pantau Status Permohonan


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang TNB http://www.tnb.com.my



Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close