Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Hilangkan Ketuat

Advertisement
Ketuat adalah sejenis penyakit kulit yang bertekstur kasar dan lama kelamaan bila dibiarkan kelihatan seperti melepuh dan bergintil. Ketuat boleh tumbuh di bahagian badan seperti siku, jari, tengkuk, muka dan juga pada kemaluan. Ketuat tidaklah membahayakan tetapi boleh dirawat dengan secara tradisional ataupun moden.

Cara Hilangkan Ketuat


Mengikut sumber wikipedia,
Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.
Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.

Jika anda mengalami masalah ketuat, cubalah mana-mana petua berikut:


Cara Hilangkan Ketuat


1) Sapukan getah daripada pelepah betik yang dipetik terus dari pokok betik ke atas ketuat. Biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

2) Tumbuk lumat beberapa helai daun kesum dan campurkan dengan sedikit garam halus. Sapukan ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

3) Bancuh abu ubat nyamuk dengan sedikit air. Sapukan ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

4) Sapukan kapur sirih ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

5) Celupkan lidi ke dalam minyak masak yang sedang panas dan titik ke atas ketuat dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat mengering dan luruh sendiri.

#SUMBER

Semoga perkongsian di atas dapat dijadikan panduan bagi mereka yang ada ketuat dan cuba untuk hilangkannya. Ada sesetengah ketuat boleh dibuang dan ada sesetengahnya hilang sementara saja dan akan datang semula.

Namun, yang penting rawatlah sebelum ia menjadi teruk.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close