Kuih ketayap ringkas. Resepi Kuih Ketayap yang akan saya kongsi kali ini lebih mudah dan cepat menyediakannya. Lagipun membuat kuih Ketayap tak memerlukan kita memiliki kepakaran membuat kuih pun... asal pandai buat lempeng cukuplah... hihi..
Kuih ketayap paling sedap adalah apabila kulit luarnya tu lembut, selembut sutera? Tak lah macam sutera, langsung tak boleh makan. Ia mestilah lembut lemak dan nipis tapi taklah sampai garing. Haha.. macam mana tu..
Resepi Kuih Ketayap Ringkas
Ikuti cara buat kuih ketayap atau kuih dadar gulung seperti saya kongsikan di bawah, ikuti panduannya hingga selesai. Kuih ketayap ni ringkas je, yang penting masa buat atau bancuh kulit ketayap tu mestilah jangan bagi tepung gandum bergentel, kalau nak senang blender semua bahan untuk kulit kuih ketayap. Okay!
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan
1 helai daun pandan
1/2 biji kelapa parut
1 keping manisan/gula melaka
Garam
1 cawan air
Cara menyediakannya:
1. Tumbuk daun pandan hingga hancur dan tambah air (nak mudah kisar aje). Setelah lumat, tapiskan dan ambil airnya.
Cara membuat inti kuih ketayap ringkas:
1. Di dalam periuk, masukkan manisan (gula melaka), 1 cawan air dan daun pandan. Panaskan hingga gula melaka cair.
2. Masukkan kelapa parut, gaul seketika.
3. Masukkan sedikit garam. Gaul sebati.
4. Masukkan tepung gandum (dicairkan dengan air) sedikit demi sedikit. Kacau hingga kuah kering. **Letak tepung gandum supaya inti kelapa menjadi pekat dan basah, tidak terlalu kering.
Untuk membuat kulit kuih ketayap ringkas:
1. Gaul tepung gandum bersama air daun pandan, santan dan garam.
2. Masukkan air dan gaul hingga sebati dan adunan jadi cair.
3. Panaskan kuali, sapu sedikit minyak dan senduk adunan. Ratakan adunan dan biar masak. Nak mudah, guna kuali leper yang tak lekat.
4. Letakkan inti dan gulung kuih ketayap dengan kemas.
Resepi kuih ketayap di atas memang ringkas, murah dan cepat! Sesuai untuk orang yang berniaga.
Tetapi jika hendak kuih ketayap yang lebih lazat, pecahkan sebiji telur ketika membancuh tepung gandum untuk membuat kulit kuih ketayap tadi.
Dan bagi saya, semua bahan ketika membancuh tepung tadi , saya blend (kisar) semua sekali. Mudah, kan?
Selamat mencuba.
2 Comments
Salam ukhwah Kak Aynora Nur,
ReplyDeleteKuih ketayap antara kuih favorite saya..
Terima Kasih, resepi ni beri ilham kpd saya utk juadah breakfast pagi ini.. :-)
Salam ukhwah untuk awak juga LZ...
DeleteAlhamdulillah, bermanfaat utk yang membacanya.
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.