Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2015/1436H

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2015 kepada semua pembaca blog ini. Walaupun Aidil Adha atau Hari Raya Haji tidak segah sambutan hari raya Aidil Fitri, namun kesannya tetap ada. Kepada para sahabat di seluruh dunia yang sedang menunaikan fardhu Haji di Mekah, saya mendoakan agar anda semua diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan, dianugerahkan haji yang Mabrur oleh Allah SWT. Aamiin...


Selamat Hari Raya Aidil Adha 2015/1436H


Selamat Hari Raya Aidil Adha 2015/1436 H


Korban? Bila sebut hari raya haji, pasti kita teringat tentang korban. Apakah korban anda tahun ini? Adakah seekor lembu? Unta atau pun kambing? Itu semua terpulang kepada niat, rezeki dan kemampuan masing-masing kan? Yang penting korban atau Qurban yang kita lakukan mestilah ikhlas.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."(surah al-Haj:36)

Jadi, berkorbanlah ikut semampunya. 

Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa beringat dan bersederhana ketika ada. Keluarkanlah hartamu dan bahagiakanlah mereka yang serba kekurangan. 

Sebarkan bahagia, kerana bahagia milik semua.
 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close