Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Seorang Teman Dan Keikhlasannya

Teman. Kawan rapat yang boleh dijadikan tempat berbual, berbincang, bergaduh dan macam-macam lagi. Teman...boleh didapati dari zaman persekolahan, waktu kanak-kanak, dalam alam universiti ataupun dari alam pekerjaan. Teman, tidak perlu untuk sentiasa memahami kita, cukup sekadar dia ada di saat diperlukan.

Seorang Teman Dan Keikhlasannya

Namun, teman hadirnya sekejap cuma. Dia bukan seperti seorang sahabat. Teman, kadangkala membiarkan kita terasa dengan tindakannya, tidak perlu memujuk. Teman datang dan pergi seperti pelangi. Ya, pelangi petang. Seorang teman hadirnya cuma seketika, menghilang dan tanpa khabar berita. Walau singgahnya cuma sekejap, ia tetap menghiburkan. Membawa warna-warna kehidupan.


Seorang Teman Dan Keikhlasannya


Hubungan dengan seorang teman cukup sekadar menceriakan suasana, hilangnya ia dari pandangan tidaklah hingga menyesakkan dada. Ketika ada, dia membawa tawa dan senda. Ketika dia pergi, teman lain jadi pengganti.

Teman, macam lirik lagu teman yang saya suka ni...?? Sebenarnya teman ni sesiapa pun boleh jadi teman kita, tak mengira jantina mereka. Yang penting kita serasi dan no hard feelings, kan?

Sejak mula pertemuan itu..
Hati melonjak terkenangkanmu..
Tiap detik ku mengharapkan..
Panggilan rindumu sayang..

Apa kau rasa yang ku rasakan..
Mungkin ini satu permulaan..
Biarlah mawar terus bersemi..
Mekar harum mewangi..

Takku menduga…..
Cinta yang ku cari selama ini..
Dikaburi wajah-wajah yang tiada..
Ertinya sayang…..

Hadir di sisi..
Tanpa harap belas dan perhatian..
Namun kau pasti hadir di situ..
Saat ku perlukan…

Jangan hirau cerca dan hinaan..
Kita teman yang tak sehaluan..
bukti kasih dan keikhlasan..
Mengikat hatimu hatiku..

Hadir di sisi..
Tanpa harap belas dan perhatian..
Namun kau pasti hadir di situ..
Saat ku perlukan…..


Teman...walau di manapun kamu berada, semoga semuanya baik-baik belaka. Hanya keikhlasan mengikat hatimu dan hatiku. Hati kita.

Seperti lirik lagu Teman nyanyian Lovehunters di atas...terkadang kita tersuka dengan teman kita itu. Namun suka bukanlah hingga boleh membawa kecewa bila ditinggalkan. Suka sekadar mengagumi keletahnya, mungkin usikannya meninggalkan kenangan manis dan mungkin juga teman itu seorang yang suka buat jokes..hihi

Walau apapun, teman hadir bila-bila masa dan boleh pergi sekelip mata. Bak kata saya, no hard feelings...

Itulah teman. Seikhlasnya.

Sebarkan bahagia.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close