Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Info Tentang Diabetes Dan Menu Makanan Yang Sesuai

Info Tentang Diabetes Dan Menu Makanan Yang Sesuai  | Kencing manis juga dikenali sebagai diabetes. Penyakit pembunuh nombor satu di negara kita. Penghidap diabetes mesti mengamalkan pemakanan yang dibolehkan dan hendaklah mengelak daripada mengambil makanan yang mengandungi gula yang tinggi.

Kita cerita sikit tentang diabetes atau kencing manis..

Diabetes atau kencing manis adalah satu keadaan yang berlaku apabila tahap gula dalam darah lebih tinggi daripada biasa. Ia berlaku apabila pankreas dalam badan tidak menghasilkan insulin atau apabila badan kita sudah tidak sensitif dengan insulin dalam badan. Apabila insulin gagal dihasilkan atau tidak berfungsi dengan baik, ia tidak dapat membawa masuk glukos atau gula ke dalam sel dan tisu badan kita sebagai simpanan. Akibatnya, darah akan mempunyai kadar gula yang terlalu tinggi untuk sel-sel badan kita. Secara amnya, seseorang dianggap menghidap penyakit kencing manis apabila kadar gula dalam darah semasa berpuasa lebih daripada tahap 7 atau kadar gula selepas makan adalah daripada tahap 11.

Penghidap kencing manis juga amat sensitif apabila terkena luka kerana kuman cepat merebak melalui luka yang terdedah tersebut. Jadi, mereka memang harus berhati-hati jika terluka. Kena mendapatkan rawatan dengan segera.

Untuk info, tanda-tanda orang yang diserang diabetes adalah kerap kencing, selalu dahaga yang luar biasa dan berat badan turun dengan mendadak. Tidur malam yang terganggu. Kulit kelihatan kering. Selain itu, penglihatan menjadi kabur dan rasa kebas di kaki dan tangan, otot lemah, sentiasa letih, cepat marah. Bagi wanita... gatal di bahagian kemaluan.So, sekiranya anda ada tanda-tanda yang disebutkan, segeralah buat pemeriksaan kesihatan anda.

Jenis-jenis Diabetes


Diabetes terbahagi kepada jenis 1 (bergantung kepada insulin) biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Diabetes jenis 2 (tidak bergantung kepada insulin) selalu dihidapi oleh golongan orang berumur atau mempunyai berat badan berlebihan. Terdapat juga kencing manis semasa mengandung (gestational diabetes).

Diabetes adalah pembunuh senyap (silent killer) kerana penyakit ini boleh menyebabkan seseorang pesakit menjadi buta, mengalami komplikasi buah pinggang, masalah jantung, strok dan gangren - selalunya mengakibatkan amputasi kaki akibat luka yang lambat sembuh atau mengalami jangkitan kuman kronik.

Info Tentang Diabetes Dan Menu Makanan Yang Sesuai

Makanan yang tidak boleh dimakan oleh penghidap diabetes


1. Buah-buahan seperti mangga, anggur, betik, aprikot, buah tembikai, nenas dan pisang.

2. Semua jenis makanan / minuman manis dan mengandungi gula yang tinggi seperti semua jenis gula, kuih muih, biskut manis, gula-gula, coklat, ais krim, minuman ringan, kordial, susu pekat manis, jem, kaya, madu dan minuman alkohol.

Makanan Yang Baik Untuk Penghidap Diabetes

Makanan bagi pesakit diabetes perlulah seimbang, berzat dan asli. Makanan ini haruslah bersifat ‘wholefood’ iaitu tidak diproses secara kimia, ‘refined’, ‘polished’ sehingga menyingkirkan sebahagian besar zat, vitamin, mineral, serat dan kandungan phytonutrien yang bermanfaat seperti antioksidan. Makanan ini mempunyai indeks glycemik yang tinggi dimana penghadaman karbohidrat serta penyerapan glukos dalam darah berlaku secara perlahan menjadikan tahap insulin dalam darah normal dan stabil.

Info Tentang Diabetes Dan Menu Makanan Yang Sesuai
Info Tentang Diabetes Dan Menu Makanan Yang Sesuai

1. Buahan seperti Epal, limau barli, buah pir, buah peach, buah ceri, buah limau, lemon, buah kiwi dan semua jenis buah-buahan berri seperti Cranberi, Raspberi, Bluberi. Berbagai macam berri mengandung anti-oksidan yang sangat baik. Selain itu, berri mengandung serat, rendah karbohidrat, dan berbagai vitamin. Mengambil tiga suku cawan buah beri cukup untuk memenuhi keperluan menu harian anda.

2. Semua jenis makanan yang berkhasiat seperti:
(a) Semua jenis sayuran kecuali ubi – sawi, kangkung, bayam, kobis, buncis, kacang panjang, bendi, tomato, terung dan segala jenis sayur yang lain.
(b) Semua cecair & minuman tanpa gula – sup air, air kosong, teh & kopi-o tanpa gula, teh cina, air limau, air barli tanpa gula.
(c) Perasa & perencah – cili, kari, kunyit, rempah ratus, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan lain-lain.
(d) Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa lemak & kulit, tauhu, kuning telur (2-3 biji seminggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala & perut. Hadkan pengambilan makanan tinggi kolesterol seperti makanan laut & organ dalaman.

3. Beras perang, beras rebus (parboiled rice), biji gandum perang, rolled oat, tepung gandum atta, tepung suji, spaghetti gandum asli, biji barli, pulut hitam.

4. Sayur dan ulaman - Seperti taugeh, sawi, kobis, broccoli. bunga kobis, kacang pea, timun, kangkung, bayam, kailan, peria, pegaga, ulam raja, daun ketumbar, daun sup/saderi, daun & buah merunggai/kelo.

5. Minyak & lemak - Seperti minyak zaitun extra virgin, minyak karotino, minyak bijan, butter susu asli (Anchor, SCS), minyak sapi asli (QBB), santan kelapa asli – sebagai gantian minyak sayuran terhidrogen sepert majerin, krimer bukan tenusu, shortening, butter minyak sayuran berperisa. Bagi pesakit yang juga mengalami darah tinggi/kolestrol, kurangkan pengambilan lemak.

Koleksi Resepi Bagi Penghidap Kencing Manis


Rangkuman koleksi resepi berikut saya ambil daripada pelbagai majalah, facebook dan juga buku-buku kesihatan serta blog masakan.

1. Jus Tembikai Buah Naga (istimewa untuk pesakit Diabetes) 

Istimewa resepi air minuman untuk pesakit diabetes ini saya kongsikan dari blog Mutiara Kehidupan.

Jus Tembikai untuk Pesakit Diabetes

Bahan-bahan:

150g tembikai dipotong kecil
150g buah naga dipotong kecil
100 ml air masak /mineralCara Membuat:

Kisar semua bahan. Hidangkan

Nilai gizi per hidangan:
Tenaga: 125 kkcal
Protien : 0.9 gram
Lemak : 0.9 gram
Karbohidrat : 10.3 gram
Serat : 1.4 gram

2. Jus Pisang Lemon (istimewa untuk pesakit Diabetes)


Bahan-bahan:

100g pisang ambun dipotong kecil
1 biji lemon diperah airnya
150 ml air masak /mineralCara Membuat:

Kisar semua bahan. Hidangkan

Nilai gizi per hidangan:
Tenaga: 120 kkcal
Protien : 1.5 gram
Lemak : 0.2 gram
Karbohidrat : 31.2 gram
Serat : 0.7 gram

Resepi seterusnya merupakan hidangan harian yang saya ambil dari blog Maklongs kitchen. Mungkin anda juga boleh melakukannya dalam merawat pesakit diabetes. 

3. Nasi Tiruan Daripada Bunga Kobis


Bahan-bahannya:
  • Separuh bunga kobis sederhana besar (lebih kurang 250gm)
  • kelapa parut (setengah biji )
  • Air mendidih
  • 1 sudu teh mentega (jangan digantikan dengan majerin kerana tujuan utama disini adalah menggunakan lemak asli)
  • secubit garam
  • lada putih

Cara-caranya:

1. Sebaiknya gunakan bunga kobis yang benar-benar segar kerana lebih segar lebih mudah disagat. Dengan menggunakan sagat yang kasar, parut bunga kobis kesemuanya termasuk bahagian batang di tengahnya. 

2. Masukkan kesemua bunga kobi dalam periuk dan curahkan air mendidih agak-agak separas dengan bunga kobis. 

3. Tutup dan rebus dengan api kuat selama lima minit. Saring dalam tapisan, pastikan air rebusan benar-benar tuntas. 

4. Masukkan semula bunga kobis ke dalam periuk tadi. Panaskan. Masukkan mentega. Campurkan kelapa parut, garam dan lada putih. Gaul sebati.

5. Hidangkan panas-panas bersama lauk-pauk Melayu.

4. Contoh Menu Harian Untuk Pesakit Diabetes


Idea menu harian untuk pesakit diabetes daripada blog mom station.

Sarapan Pagi:

1 cawan nasi / mee / bihun / 3 keping roti / 1 keping capati.
1 biji telur / 1 keping daging.
Teh / kopi + 2 sudu paras susu tepung

Minum Pagi:

2 keping kuih tanpa gula

Makan Tengahari:

1 cawan nasi.1 ikan (sederhana) / 1 ketul ayam / 1 daging.
1 ½ cawan sayur.
1 biji limau / tembikai / betik / nanas.

Makan Malam:

½ cawan nasi / mee / bihun / kue teow.1 ikan / ayam / daging (masak sup).1 cawan sayur.
1 potong buah.

** boleh juga ambil 1 cawan oat & segelas susu segar jika tak makan nasi waktu malam.


5. Murtabak Telur Campur Sayur 


(Resepi oleh Mutiara Kehidupan).


Bahan-bahan:

100g daging lembu tanpa lemak, dicincang dan ditumis
4 bji telur itik
50g daun bayam, hiris halus
1 batang daun bawang dihiris halus
1 biji bawang bombay, hiris nipis
20 keping kulit popiah
Minyak secukupnya
1 sudu teh serbuk lada putih
1/2 sudu teh serbuk pala
1 sudu garam

Cara Membuat:

1. Campur daging lembu cincang yang sudah ditumis dengan semua bahan lain. Kacau rata.
2. Ambil sekeping kulit popiah , isi adunan telur secukupnya. Lipat semua sisinya sehingga berbentuk segiempat (atau ikut citarasa).
3. Goreng dalam minyak yang panas sehingga kuning kecoklatan. Ketika membalik-balikkan,tusuk-tusuk murtabak menggunakan garfu.
4. Angkat dan toskan

Tip/Nota:
Murtabak ini boleh dimakan oleh pesakit diabetes mellitus yang kolesterolnya normal dan tiada obesiti. Selain digoreng, murtabak ini juga boleh dikukus.

Selamat mencuba. Semoga rangkuman info tentang diabetes atau kencing manis dan menu harian yang sesuai ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. 

Seeloknya rujuk kepada mereka yang pakar sebelum melakukan sesuatu diet pemakanan kepada penghidap kencing manis.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close