Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Koleksi Resepi Makan Beradab Untuk Pengantin

Koleksi Resepi Makan Beradab Untuk Pengantin Yang Simple - Bila masa kita perlu, ketika itulah segala idea tak datang. Hmm...pernah kah korang hadapi situasi macam itu, iaitu ketika sibuk nak siapkan hidangan makan beradab/makan damai untuk pengantin, langsung tak tahu nak masak apa.

Dengan itu, saya kongsikan koleksi makan beradab yang simple, cantik dan sedap sebagai rujukan jika diperlukan. Hihi...

Koleksi Resepi Makan Beradab Untuk Pengantin Yang Simple 

Resepi-resepi ringkas yang saya kongsikan adalah kompilasi dari sumber majalah, internet dan juga sedikit sebanyak pengalaman saya sendiri dalam 'menyibuk' menyediakan hidangan makan damai untuk pengantin.

1. Resepi Salad Telur Puyuh


Koleksi Resepi Makan Berdamai Yang Cantik


Bahan-bahan:

20 biji telur puyuh
1/2 biji timun dihiris
6 tangkai daun salad
sedikit sos cili

Cara Membuatnya/Cara Menghias:

1. Basuh telur puyuh, rebus.kemudian buang kulitnya
2. Basuh timun dan daun salad toskan airnya (rendam dengan air garam, tos dan
lap dengan tuala kecil pun boleh).
3. Hias salad dan timun di atas piring yang sederhana besar
4. Letak telur puyuh yang telah direbus tadi diatasnya
5. Curahkan sos cili keatasnya
6. Sedia utk dihidangkan

Untuk memudahkan pengantin makan, boleh juga dicucuk telur puyuh tersebut dengan batang lidi. Selamat mencuba ya!

2. Resepi Ayam Kiev @ Chicken Kiev 


Sumber Google


Bahan-bahannya:

  • 1 sudu besar daun bawang dicincang
  • 1 sudu besar parsli segar, dicincang
  • 1 ulas bawang putih, cincang
  • 1/2 ketul mentega, yang sejuk
  • 1 biji telur, dipukul
  • 1 sudu besar air
  • 1/4 cawan tepung serbaguna
  • 1/2 cawan serbuk roti kering yang halus
  • 4 ketul dada ayam tanpa tulang, buang kulit
  • Garam dan lada hitam
  • 1 sudu besar mentega

  • 1 sudu besar minyak masak


Cara menyediakannya:

1. Dalam mangkuk kecil campurkan bawang hijau, pasli dan bawang putih; ketepikan. Potong mentega sejuk kepada empat batang potongan sederhana (jangan tebal sangat).

2. Kacau telur bersama air dalam bekas leper. Letakkan tepung dalam mangkuk leper yang lain. Dan, serbuk roti dalam bekas leper yang ketiga. Ketepikan.

3. Dada ayam bungkus dengan plastik dan ketuk hingga leper dalam ukuran 1 inci tebal. Buka plastik. Taburkan dengan garam dan lada, sedikit bawang hijau. Letakkan sekeping mentega di tengah-tengah ayam. Lipat tepi ayam dan gulungkan. Buat step ini hingga semua ayam siap digulung. (Lihat gambar di bawah).




4. Salutkan ayam dengan tepung. Celupkan dalam campuran telur dan kemudian salutkan semula dengan serbuk roti. Ulangi untuk semua ayam.

5. Letakkan ayam bersalut dalam mangkuk pembakar segi empat tepat. Tutup dan sejukkan untuk 1 hingga 24 jam. (Anggaran mass ikut suka)

6. Dalam kuali yang besar mencairkan mentega 1 sudu besar dengan api yang sederhana tinggi; menambah minyak. Tambah gulung ayam sejuk. Masak lebih kurang 5 minit atau sehingga perang keemasan, beralih kepada pihak coklat semua. Gulung tempat dalam 2-liter penaik hidangan segi empat tepat. Bakar, membongkar, dalam 400 darjah F ketuhar selama 15 hingga 18 minit atau sehingga ayam tidak lagi merah jambu (170 darjah F). Sudu sebarang drippings lebih gulung. Membuat 4 hidangan.


Cara menghiaskan untuk makan beradab/damai:

1. Potong ayam kiev lebih kurang 1/2 inci tebal.
2. Letak dalam piring bulat/bujur
3. Susun mengiring bersama dengan bunga kobis, lobak merah yang dihiris memanjang dan kacang buncis yang telah direbus.
4. Siap dan ringkas. Sedia untuk dihidangkan kepada pengantin.

3. Resepi Salad Buah-Buahan Segar 



 


Bahan-bahannya:

4 biji Limau Mandarin
1 biji buah naga
1 biji buah tembikai merah
1 tangkai anggur
1 biji epal merah
Pinggan leper dan besar sebagai bekas 

Cara menyediakan/Menghidangkan:

1. Buah tembikai merah di belah dua, keluarkan isinya. Ukir di bahagian tepi mengikut kepakaran dan citarasa sendiri. Nak ikut seperti dalam gambar pun boleh...
2. Limau mandarin di belah lapan bahagian. Susun di bahagian tepi/luar tembikai tadi.
3. Ceraikan buah anggur dan masukkan di bahagian dalam tembikai.
4. Buah epal di potong dadu bersama-sama dengan buah naga yang telah dikupas kulitnya.  
5. Letakkan di atas piring leper dan besar. Siap untuk dihidangkan kepada tetamu. 

4. Resepi Udang Sambal Bahtera Damai




Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:-

8 ekor udang galah sederhana besar
2 tangkai cili merah * )
1 biji bawang besar * )
3 ulas bawang putih * )
1 inci halia * )
1 inci kunyit hidup * ) bahan * dikisar
1 biji buah tomato * )
1 cm belacan bakar * )
sedikit gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara Memasak:-
  • Udang dibersihkan dan biarkan kulitnya jangan ditanggal. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng sekejap. Angkat dan toskan.
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan semua bahan kisar dengan api sederhana. Kacau bahan tumis hingga naik minyak.
  • Masukkan udang dan gaul rata sebentar.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Gaul sebati biar udang bersalut dengan bahan.
  • Seimbangkan rasa, tutup api dan hidangkan dan hias mengikut kreativiti. 

Cara Menghiasnya:

1. Lobak merah di ukir seperti bunga
2. 1 biji tomato dipotong bulat dan dibuang isinya. Masukkan kuah sambal udang ke dalamnya.
3. 2 biji tomato/epal dibelah dua, ukir tepi dan letakkan udang di atasnya
4. 1 biji bawang Holland dipotong bulat
5. 2 biji cili merah hidup di belah 5, jangan dibuang tangkai
6. Daun salad sebagai hiasan
7. Susun dan atur udang & perhiasan mengikut kreativiti masing-masing. Selamat mencuba.

5. Resepi Kerapu Masak Tiga Rasa 




Bahannya:-

1 ekor ikan kerapu (ikan saya yg sedang tu yg dua ekor ;))
1 sudu besar tepung jagung(salut ikan)
1 labu bawang besar*
2 ulas bawang putih*
3 biji bawang merah *
3 cm halia*(*dihiris)
3sudu besar sos tomato,sos cili,sos tiram.
3 sudu besar air
1 sudu teh gula pasir
garam
minyak utk menggoreng
2 biji tomato dipotong empat
1 pokok daun bawang dan sup.

Caranya:-
  • Sapu garam, kunyit dan tepung jagung di sekeliling ikan.
  • Goreng ikan sehingga masak kekuningan.
  • Keluarkan sedikit minyak, kemudian tumis bahan hiris sehingga wangi.
  • Masukan bahan sos dan biarkan mendididh. Kacau sekata.
  • Masukan tomata yg dipotong empat bersama daun bawang sup yang dipotong sederhana.
  • Curah kuah sos di atas ikan. Siap untuk dihidang.

Cara Menghiasnya:

1. Susun daun salad
2. Letakkan ikan kerapu di dalam keadaan bersebelahan
3. Siram kuah sos tiga rasa di atasnya.
4. Untuk hiasan, boleh disisipkan 3 keping hirisan lemon dan timun sebagai ulam.
5. Selamat mencuba.


Lain-lain gambar/idea hidangan makan beradab untuk pengantin 


1. Aneka gubahan berasaskan pulut, nasi dan roti




 


2. Aneka gubahan hidangan pengantin berasaskan udang, ikan, daging dan ayam





 

3. Gubahan makan damai daripada buah-buahan tempatan dan luar negara





Selamat mencuba idea menu hidangan makan beradab di atas. Kebanyakan gambar saya kumpulkan daripada majlis makan beradab untuk pengantin.

Semoga suksess!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close