Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Hilangkan Batuk Dan Tekak Gatal Paling Mudah

Petua Hilangkan Batuk Dan Tekak Gatal Paling Mudah | Tekak selalu gatal-gatal jika salah makan ataupun terlebih minum air batu. Kemudian diserang batuk pula dalan masa yang agak panjang. Bila dah batuk-batuk, perut mesti rasa senak/sakit. Dan, jika batuk...tentu kita menghadapi masalah sewaktu bekerja. Kadang-kadang ketika jawab panggilan pun terbatuk-batuk. Jadi, bagaimana caranya kita boleh hilangkan batuk dan tekak gatal dengan cepat dan mudah?

Kalau ikutkan memang ada banyak cara untuk merawat batuk dan gatal tekak. Ada yang menggunakan rendaman nasi dengan embun, ada pula minum madu dengan lemon dan pernah saya baca merawat batuk dengan pisang. Hmm...memang banyak petua tradisional kita, kan?

Petua Hilangkan Batuk Dan Tekak Gatal Paling Mudah
Air suam hilangkan batuk dan tekak gatal paling mudah


Petua Hilangkan Batuk Dan Tekak Gatal Paling Mudah


Jangan risau. Ada banyak caranya.

Paling mudah tentulah minum air suam dengan cara terus menelannya. Jangan berkumur atau tersekat-sekat. Terus telan. Macam kita telan panadol yang sebiji-sebiji tu. Ingat ya, air suam. Kalau air sejuk tak jalan.

Ada lagi satu cara. Hisap atau mamah gula melaka yang dipotong kecil. Buat hingga tekak yang gatal beransur hilang. Insyaa Allah, tekak gatal tiada lagi.

Cara yang biasa saya buat pula untuk hilangkan batuk atau tekak gatal ialah dengan minum air cikong panas. Air chikong mengandungi gula batu, barli dan cincau hitam yang membantu melarutkan kahak ditekak. Selalu juga saya buat begini iaitu minum air chikong panas bila batuk. Alhamdulillah, berhasil pula.

Boleh juga rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.

Selain itu, rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.

Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

Akhir sekali, saya gunakan lemon dengan air suam. Perahkan lemon dalam air suam dan minumlah 3 kali sehari. Insyaa Allah batuk dan tekak gatal akan berkurangan. Paling mudah, jadikan air lemon suam sebagai minuman rutin anda. Selamat mencuba.

Anda ada petua atau cara lain yang lebih mudah untuk hilangkan batuk? Jangan segan kongsikan petua anda pada ruangan komen di bawah.

Yang baik kita kongsi-kongsikan. Sebarkan bahagia.

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Terima kasih,lepas ni saya dah tak payah susah2 dah nak beli ubat batuk

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close