Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Kurangkan Pedas Cili Padi

Petua Kurangkan Pedas Cili Padi | Petua berkaitan dengan cili padi berikut saya kongsikan daripada Majalah Rasa online. Mungkin bagi orang yang sukakan pedas tak ada masalah dengan rasa pedas cili padi. Namun bagi orang yang tak suka pedas, ada petua yang boleh dicuba, mudah je...

Cili padi memang mempunyai rasa lebih pedas berbanding cili merah besar. Bagi yang tak tahan pedas, masakan yang menggunakan cili jenis ini seperti sambal tumis dan sambal belacan, pastinya tidak menjadi pilihan.


Gambar Petua Kurangkan Pedas Cili Padi
Tomato hilangkan pedas cili padi


Untuk hilangkan pedas cili padi, bahan-bahan yang diperlukan adalah;

  • Buah tomato
  • Gula

Petua/ Cara-Cara Kurangkan Pedas Cili Padi


1. Untuk sambal belacan, masukkan beberapa hirisan tomato dan tumbuk bersama cili. Insya-Allah rasa sambal belacan anda tidak akan menjadi terlalu pedas. Anda juga tidak perlu menambah air kerana jus yang keluar dari buah tomato sudah memadai untuk menjadikan sambal anda basah dan kelihatan banyak.

2. Bagi mengurangkan rasa pedas sambal tumis, anda hanya perlu memasukkan gula. Kuantitinya pula bergantung kepada citarasa anda.

3. Biarkan 2 @ 3 tangkai cili padi kisar sekali. Jangan buang tangkainya. Inilah petua orang tua dahulu kala.

Selamat mencuba!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close