Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Petua Masak Nasi Impit Segera Lebih Lembut Dan Tahan Lama

Petua Masak Nasi Impit Segera Lebih Lembut. Boleh tahan lama pulak tu. Ada ke? Bukan kah nasi Impit memang sudah disukat dengan standard agar apabila masak ia sekata lembut dan lembiknya. Tetapi sesekali ada juga nasi Impit yang keras terutamanya apabila telah sejuk. Nasi Impit sudah tidak lembut lagi. Silap haribulan, masuk tong sampah nasi Impit tersebut.

Namun sekarang ada je nasi impit segera yang hanya dengan beberapa langkah dah boleh dapat nasi impit yang lembut, sedap dan tahan lama. Pilih je jenama apa yang korang suka, atau nak yang murah pun banyak. Kalau mak mertua saya, dia buat lagi lembut dan halus daripada yang beli punya. Mesti ada rahsianya kan??


Petua Masak Nasi Impit Segera Lebih Lembut


Memasak nasi Impit segera tidak sesukar mana. Ikut saja peraturan yang disediakan di luar bekas plastik nasi Impit yang dibeli itu. Tetapi kadangkala nasi Impit yang kita masak seperti keras, tidak lembut terutamanya ketika sejuk.


Petua Masak Nasi Impit Segera Lebih Lembut Dan Tahan Lama



Jangan risau. Jom cuba petua berikut.

Masak nasi impit segera dengan menggunakan bekas periuk yang lebar. Jumlah air mestilah lebih banyak hingga bungkusan ketupat/nasi impit segera itu tenggelam. Masukkan sedikit garam. Gunakan api sederhana. Masak anggaran 1 1/2 jam. Pastikan bungkusan nasi impit telah kembang. Biarkan tos betul-betul. Lepas 2 jam boleh masukkan dalam peti ais untuk hasil yang lebih licin.

Pastikan air hendaklah sentiasa penuh, jangan sampai kering. Bila air berkurangan, tambah lagi biar bungkusan nasi impit tersebut sentiasa tenggelam. Pasti nanti dapat hasil nasi impit yang lembut dan licin.

Selamat mencuba.

Nota tambahan:
Nak tahu petua supaya nasi Impit segera anda tahan lama, lebih kurang 5 hari? Ada caranya. Semasa merebus nasi impit tersebut masukan sekeping atau dua asam gelugur ke dalamnya. Harus diingat, jangan rebus nasi impit terlalu lama. Bila nasi impit telah kembang, angkat dan toskan. 

Kongsikan jika anda rasa ianya bermanfaat.


Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. haaa boleh guna petua tu utk bagi nasi impit tahan lama.
    selalu tak taham lama sbb habis dlm perut je hihihi

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close