Advertisement
Macam-macam yang boleh dijadikan menu masakan dengan mangga. Yang pernah jadi kegilaan sedikit masa dulu adalah jeruk mangga asam boi. Laa ni macam dah slow sikit kut, mungkin orang kita dah puas makan mangga dengan asam boi tu...hihi
Baiklah. Mari kita buat resepi nasi goreng mangga.
Kalau boleh nasi yang telah disimpan sekejap dalam peti ais. Lagi cantik hasil nasi gorengnya nanti. Tak kisah mangga tua atau muda. Kalau nak rasa masam sikit boleh guna mangga muda ya..
Resepi Nasi Goreng Mangga
Anggaran hidangan untuk 2 orang. Kos pun tak mahal sangat. Memang simple habis...
Bahan-bahannya:
250 gram nasi putih
5 gram udang kering (dikisar)
4 ekor udang basah
50 gram isi ayam
2 biji cili merah - dikisar
5 biji cili padi - dikisar
1 biji mangga muda - dihiris
Garam dan perasa secukupnya
Mangga dihiris halus untuk resepi nasi goreng mangga |
Cara menyediakan Nasi Goreng Mangga
1. Tumiskan bahan yang telah dikisar sehingga naik baunya.2. Masukkan udang, ayam dan mangga. Kacau hingga rata
3. Kemudian masukkan nasi dan perasa. Kacau sehingga masak.
4. Angkat dan hidangkan panas-panas.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.