1001 Rahsia Sedekah Yang Dapat Membantumu Di Dalam Kubur - Sedekah bermaksud pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.
Dibawah ini adalah kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti) yang telah diviralkan di dalam majlis-majlis ilmu.
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)
Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?
Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah? Ada 1001 rahsia sedekah yang dapat kita baca di bawah ini dan amat bermanfaat membantu kita di dalam kubur, pada hari kiamat dan alam akhirat. Subhanallah.
1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga
2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan
3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.
7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)
9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
10. Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya
11. Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.
12. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)
13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar
14. Orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.
15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung.
Rangkuman ayat-ayat al-Quran di bawah ini saya ambil daripada blog ini, yang banyak membantu saya untuk lebih memahami rahsia sedekah dengan lebih meluas. Semoga pencerahan dan bukti-bukti daripada al Quran lebih memberikan kita keinginan untuk bersedekah dengn niat yang jelas iaitu hanya kerana Allah SWT.
Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keredaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan).
(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana (mereka) memelihara diri daripada minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Dibawah ini adalah kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti) yang telah diviralkan di dalam majlis-majlis ilmu.
KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit saja lagi, supaya aku dapat bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)
Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dapat solat" atau "supaya aku dapat berpuasa"?
Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya.."
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.
Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.
1001 Rahsia Sedekah Yang Dapat Membantumu Di Dalam Kubur
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah? Ada 1001 rahsia sedekah yang dapat kita baca di bawah ini dan amat bermanfaat membantu kita di dalam kubur, pada hari kiamat dan alam akhirat. Subhanallah.
1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu syurga
2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan
3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka
4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur
5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.
7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat
8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat)
9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan
10. Sebagai pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya
11. Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia.
12. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)
13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar
14. Orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.
15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung.
Ayat-Ayat Al Quran Tentang 1001 Rahsia Sedekah
Sedekah adalah pahala untuk diri sendiri
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 272Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keredaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan).
Miskin yang bermaruah
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 273(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana (mereka) memelihara diri daripada minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
Sedekah yang baik-baik
Alquran > Surah Al Baqarah> Ayat 267Wahai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mahu mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
Jom hidupkan budaya sedekah dalam masyarakat kita. Mulakan dengan diri sendiri, anak-anak, adik-beradik, rakan-rakan dan seterusnya. Bersedekah bukan saja mengurangkan jarak antara dua darjat sebaliknya mampu memakmurkan ekonomi sesuatu masyarakat.
Bersedekah ikut kemampuan.
Sebarkan bahagia.
Bersedekah ikut kemampuan.
Sebarkan bahagia.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.