Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

17 Cara Tingkatkan Income Google Adsense Secara Luar Biasa


Aynorablogs.Com - 17 Cara Tingkatkan Income Adsense Secara Luar Biasa. Ya! Income secara luar biasa yang jarang-jarang kita dapat. Tapi gunakan cara yang biasa-biasa je... cara yang jarang kita buat. Sebab apa jarang buat? Kerana kita kurang ilmu untuk tingkatkan income Adsense secara yang luar biasa itu. Orang kata kalau kurang ilmu, kita kena cari ilmu tersebut. Oleh kerana saya salah seorang pemegang akaun Google Adsense penuh, rugi rasanya jika income yang dibayar dalam nilai USD itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Sebenarnya 17 cara tingkatkan income Adsense jadi luarbiasa yang bakal dikongsikan adalah kompilasi daripada bacaan saya di internet, carian pusat sokongan Google, baca di blog-blog yang dapat income Adsense yang banyak 'gila' dan ada juga saya praktikkan ilmu dari pihak Google Adsense sendiri.

17 Cara Tingkatkan Income Google Adsense Secara Luar Biasa

17 Cara Tingkatkan Income Adsense Secara Luar Biasa


Saya kongsikan untuk anda diluar sana cara-cara menjana income Adsense yang luar biasa. Setiap kali nak buat blog, sila lihat ciri-ciri di bawah yang boleh membantu meningkatkan income anda dan seterusnya mengubah nasib anda ke tingkat yang lebih baik. Insyaa Allah.


1. Content/kandungan Artikel Yang Berkualiti


Content! Kandungan berita atau info yang dikongsikan itulah yang paling penting dan utama untuk dapat income yang banyak dari apa juga iklan bentuk klik mengklik...samada Nuffnang, Google AdSense dan sebagainya. Pastikan kandungan entri anda adalah berita yang tepat, boleh dipercayai serta tidak mengandungi unsur lucah atau hasutan. Itu memang pantang ya!

Jaga kualiti content anda. Itu yang paling penting!


2. Bentuk Layout Blog


Layout blog/website hendaklah tidak bercelaru. Layout atau susun letak adalah seperti sebuah hiasan dalaman rumah anda. Biar ringkas, lapang dan tidak semak dengan iklan yang berbagai gaya. Sakit mata dibuatnya. Baik-baik orang nak tengok blog anda terus tak jadi. Kan rugi...

Kurangkan border pada template blog anda. Pengunjung tidak suka blog yang banyak border yang pelbagai warna.


3. Letak Sidebar Di Sebelah Kiri Blog/Website


Yang ini adalah ilmu baru yang saya telah pelajari dari sebuah blog, kalau tak silap blogger Indonesia. Jika anda rasa perletakan sidebar di sebelah kiri lebih sesuai, anda boleh teruskanlah...mengikut kata blogger tersebut, kebiasaan orang membaca blog adalah dari sebelah kiri. Jika iklan diletak pada sidebar yang diletakkan di sebelah kiri, amat besar peluang anda untuk mendapat klik pada iklan tersebut.

Saya tak buat pula, sebab rasa janggal sedikit. Tak biasa lah! Tapi, boleh test jika mahu..hehe


4. Keywords Yang Dicari-cari Oleh Pembaca


Keywords!

Saya ulang lagi, keywords!

Keywords adalah kata kunci. Ingat tak masa belajar dulu kita buat nota kaki, salin pada kertas ambil keywords dia...hah! begitulah juga dengan blog. Anda tulis panjang lebar, lebih 2500 patah perkataan tapi keywords dia tak ada. Jadi, kata kunci yang dicari tiada dalam content anda, maka artikel anda tak ada orang baca. Macam mana iklan nak di klik! Natijahnya, keywords penting untuk setiap artikel yang ditulis.

Contohnya, anda taip 'air detoks'. Saya tulis artikel itu panjang lebar, bila anda taip perkataan air detoks, akan keluarlah artikel saya pada page Pertama carian Google. Iklan Google AdSense pun cepat je lekat...hihi.

{Nota: Nak cari artikel tentang air detoks? Klik aje kat sini...hihi}


5. Iklan Google Adsense Yang Responsive


Ikuti perubahan. Google AdSense telah menyediakan style iklan mereka yang responsif iaitu iklan yang disesuaikan dengan gadget yang anda gunakan samada tab, desktop ataupun mobile. Pilihan iklan yang responsif menjamin income dari AdSense yang luar biasa. Maksudnya jika selalu dapat USD20 sebulan, kini anda sudah boleh menjana income dua kali ganda, mungkin lebih...siapa tahu. Macam saya..hihi


6. Penampilan Blog Yang Bersih


Blog mesti bersih. Maksudnya tak ada Widget blink-blink yang menyakitkan mata. Kurangkan jumlah Widget, atau pop up Widget. Benci orang nak datang blog kita semula. Buat seminimal mungkin agar blog lebih ringan.


7. Saiz Iklan Yang Besar Lebih Menarik


Pembaca atau pengguna internet suka sesuatu yang jelas, terang dan cantik. Nak nampak jelas saiz iklan mestilah besar supaya mudah menangkap pandangan orang. Saiz iklan yang besar dan berwarna amat mudah di klik dan menjana income yang luar biasa. Itulah yang saya buat dalam blog ini.


8. Tulis Artikel Yang Selalu Dicari


Ya! Artikel yang selalu dicari amat mudah menarik minat orang membaca sekaligus klik pada iklan yang ditemui dalam post atau pada blog tersebut. Artikel berkaitan kesihatan, hiburan dan sukan selalu menjadi carian utama pengguna internet. So, tulis sesuatu yang akan menambah baik tentang kehidupan disamping menjana income pasif dari Google AdSense yang lumayan.


9. Semak Kemantapan Kata Kunci - Keywords Density


Semak kemantapan kata kunci sebelum anda hantar artikel ke laman web atau tulis di blog. Kepadatan kata kunci anda akan menentukan perkaitan dengan niche blog anda dan akan meningkatkan traffik dari enjin carian. Ramai yang kata bahawa keywords yang mantap akan mendapat trafik yang tinggi dan potensi untuk dapat klik yang banyak pada iklan. 

Walau bagaimanapun, kemantapan kata kunci anda juga akan menentukan jenis pengiklanan yang dimasukkan ke laman web anda. Sekiranya anda buat keywords tentang krim kecantikan, mungkin ada iklan Adsense berkaitan krim kecantikan akan 'tersangkut' pada laman web/blog anda. Peluang tinggi tu...

Boleh juga gunakan 'keywords density tools' untuk menyemak kemantapan kata kunci anda untuk mengelakkan post artikel anda dianggap sebagai 'spam'.


10. Post Artikel Baru Lebih Kerap


Post artikel baru setiap hari juga boleh meningkatkan income Adsense jadi luar biasa. Namun biasanya artikel yang baru dipostkan lambat untuk dicerap oleh Google. Dan, ia belum tentu mendapat trafik yang tinggi. Tapi yang penting, gunakan kata kunci yang betul dan terbaik, insyaa Allah entri anda akan dicari oleh pembaca di enjin carian. Cuba untuk buat satu entri setiap hari agar meningkatkan peluang iklan anda diklik oleh orangramai.


11. Pilih Format Google Adsense Yang Terbaik


Google Adsense menyediakan banyak format iklan yang berbeza-beza. Jadi pilih format iklan yang sangat sesuai dengan layout/susun letak blog anda. Pastikan iklan yang di pasang menepati kehendak Google Adsense. Sebagai contoh, jika nak pasang banner pada top blog, gunakan format iklan 728 X 90. Untuk iklan di sidebar, letakkan format iklan yang bersaiz 336 X 280. Macam kat sidebar saya ni...;))

Contoh dari blog terbaik.net di bawah ini mungkin boleh dijadikan panduan menjana income Adsense yang luar biasa.




12. Koordinasi Warna Blog & Iklan Yang Sepadan


Yang ini pun best. Koordinasi warna blog dan iklan yang sepadan. Bila anda gunakan iklan Google AdSense di blog atau website, tentu anda mahukan blog yang kemas. Jadi untuk menjadikan content blog dan iklan nampak natural, anda boleh ubah suai blog anda mengikut tema iklan atau sebaliknya. Contoh terbaik anda boleh lihat blog hasrulhassan.com.

So, adjust border, link atau warna font yang boleh disesuaikan dengan blog anda. Tak tahu nak adjust warna dan sebagainya pada iklan anda? Pergi je kat setting iklan Google Adsense, macam-macam boleh buat..haha


13. Jangan Letak Terlalu Banyak Iklan 


Iklan yang terlalu banyak di blog? Cantik ke? Rasanya macam semak aje kan...kita sendiri pun boleh pening tengok iklan yang banyak.

Lagipun terlalu banyak iklan pada blog menyebabkan pembaca naik meluat lalu terasa macam anda terdesak menyuruh mereka klik pada iklan di blog anda. Tahukah anda orang datang blog nak cari info, bukannya terpaksa klik iklan yang pelbagai...

Pembaca juga adalah manusia bukannya robot. Mereka tidak suka iklan yang banyak umpama anda hanya mahu cari untung dari Google AdSense dan bukannya ikhlas berkongsi info. Jadi, kurangkan IKLAN di blog Dan biarkan mereka klik iklan kerana rela!


14. Pasang Template Yang Responsive


Template juga penting untuk menjana income yang luar biasa dari Google AdSense. Dahulu saya gunakan template yang cute, background cartoon tetapi tidak responsif. Akibatnya iklan sukar dilihat dan ada sesetengah iklan tidak keluar bila dibuka. Akhirnya saya cuba template responsive dan menghasilkan income dari Google AdSense dan Nuffnang yang berganda-ganda.

Bayangkan selama 3 tahun saya pasang iklan AdSense tetapi tak pernah cash out. Trafik pun semput aje...tak pernah cecah 5,000 PV pun. Tetapi sejak saya gunakan template yang responsive daripada blogger Indonesia Kang Mousir, trafik blog saya mencanak naik. Daripada tak sampai 5,000 sehari, sekarang trafik blog mencapai 24,000 sehari. Alhamdulillah. Automatiknya...income pun bertambah.

{Baca: Free Ijonkz Responsive Blogger Theme}


Sebab, template blog yang responsive akan kelihatan canggih dan boleh diaksess disesuaikan dengan gadget yang anda gunakan samada tab, mobile ataupun desktop.


15. Manfaatkan Google Search Box 


Seterusnya, apa kata anda manfaatkan sepenuhnya penggunaan Google Search Box. Search Box yang dipasang boleh digunakan oleh pengunjung yang sedang mencari info atau berita yang diperlukan. Melalui Search Box tersebut mana-mana artikel yang sepadan dengan blog anda akan dibayar oleh pengiklan. Iklan yang muncul di website anda akan menampilkan iklan yang mempunyai target berdasarkan 'keywords' yang mereka cari.


16. Trafik Yang Tinggi


Sesebuah blog dengan jumlah trafik yang tinggi akan menghasilkan income yang tinggi juga dari iklan berbentuk CPC, contohnya Nuffnang, Google Adsense dan lain-lainnya. Ada sebuah blog hiburan yang menjana income 5 angka sebulan dari iklan Adsense sahaja! Dan, trafik blog beliau memang tinggi, satu-satu masa cecah 800 PV. Kalau dikira sehari, mungkin cecah 1 juta lebih pageviews tu...

Dah rezeki dia, apa yang boleh kita buat gandakan usaha dan berikan nyang terbaik. Setiap orang ada rezekinya...  


17. Fokus Kepada Artikel Yang High Paying Keywords (HPK)


Pastikan anda menulis artikel berdasarkan HPK. Ini kerana artikel yang ditulis berdasarkan peraturan HPK akan lebih tinggi nilai bayarannya. Jika tidak, anda sekadar dibayar rendah ke atas iklan CPC (Cost per click).

Penyelesainnya, hanya gunakan HPK dalam blog anda. 

Contohnya; 

Anda pilih satu keyword yang kadar C.P.C nya sekitar USD1 dan anggaran anda dapat 60 klik sehari, jadi dalam satu hari income anda,

Pendaptan Harian USD1 x 60 clicks = USD60

dan secara purata bulanan anda, 

Pendapatan Bulanan USD60 x 30 hari = USD1,800

Jika USD1,800 sebulan, besar tu....tukarkan aje lah dengan rate kita di Malaysia ni. Jadi, gunakan high paying keywords (HPK) untuk menjana income yang luar biasa dari AdSense.

Antara website yang menyediakan servis menyemak kadar HPK adalah LongTailPro. Cubalah. Mungkin ia akan mengubah rezeki anda dalam berblog.

Terima kasih kerana meluangkan masa berharga anda membaca 17 Cara Tingkatkan Income Google AdSense Jadi Luar Biasa. Bentuk luar biasa bagi saya bukanlah income anda mencanak terus jadi jutaan ringgit dalam beberapa bulan sebaliknya is satu anjakan semangat dan motivasi agar income pasif anda daripada USD3.65 sebulan boleh jadi USD112.45 sebulan.

Bermula dari yang sedikit tetapi istiqamah melakukan yang terbaik bakal menjadikan anda jutawan juga satu hari nanti. Yang penting, berani berubah.

Selamat berjaya.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. Thanks for the good tip. Responsive ads tu yang saya tak apply sangat tapi 728 x 90, 250 x 250 kerap. Sidebar kiri??? Jarang jumpa, tapi mungkin elok cuba eh? Senang2 datang tengok sini ya: http://emjay-freedom.blogspot.my/2015/10/kerana-kemiskinan-harta-aku-dipandang.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut cara-cara di atas, insyaa Allah..boleh gandakan income adsense. Side bar kiri saya pernah cuba, tapi rasa kekok. Tq for drop by..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close