Cara Beli Rumah Pertama - Semua orang kalau boleh mahu memiliki rumah sendiri tak mengira samada rumah yang kecil atau besar, yang penting ikut kemampuan sendiri. Memiliki rumah sendiri perlukan keberanian. Sebab apa? Sebab kita akan menanggung komitment membayar balik pinjaman perumahan paling tidak untuk tempoh 10 tahun. Kalau anda mampu beli tunai, itu lagi bagus. Tak perlu cari duit setiap bulan untuk membayar ansuran rumah.
Ok. Cara beli rumah pertama yang akan saya kongsikan adalah rumah murah/flat dan yang sejenis dengannya. Jika nak beli rumah lot bumiputra pula, ada lain caranya. Harap maklum.
Ada sesetengah orang yang berkemampuan dan gaji melebihi RM5,000 sebulan, rumah pertama mereka mungkin juga rumah teres dua tingkat, rumah teres setingkat dan sebagainya.
Untuk memiliki rumah buat kali pertama, saya galakkan anda membeli rumah murah atau sederhana rendah. Ada sesetengah rumah kos rendah dijual pada harga RM25,000. Rumah sebegini dipanggil flat atau apartment. Pada tahun 2000 hingga 2010 dulu, ada juga rumah kos rendah jenis teres tetapi kini sudah tiada memandangkan kos membina rumah telah meningkat berkali ganda. Bergantung kepada polisi sesebuah negeri, anda kena memohon rumah kos rendah dengan kerajaan negeri masing-masing.
1. Pergi ke pejabat cawangan perumahan negeri masing-masing
2. Buat semakan atau minta maklumat tentang projek perumahan yang anda minat. Untuk jaminan projek perumahan itu wujud, buat lawatan ke tapak projek yang disenaraikan
3. Isikan borang permohonan. Ikut arahan seperti dikehendaki daripada borang permohonan tersebut. Antaranya;
1) Nama Pemohon
2) Maklumat alamat, no kad pengenalan dan maklumat pasangan
3) Harga Rumah dan nombor unit (jika tahu)
4) Tandatangan
Selepas selesai mengisi borang permohonan membeli rumah murah/flat/sederhana rendah, hantarkan ke pejabat cawangan perumahan masing-masing bersama dokumen berikut:
4. Serahkan semua dokumen asal kepada pejabat cawangan negeri masing-masing berserta borang permohonan rumah kos rendah
5. Buat bayaran yuran memproses sebanyak RM5.00. Tertakluk kepada negeri masing-masing
6. Ambil resit dan simpan untuk rujukan ataupun susulan di kemudian hari.
7. Tunggu lebih kurang 1 bulan untuk anda mendapat surat tawaran 1 unit rumah atau flat kos rendah. Jika unit kekosongan ada banyak, mungkin anda boleh dapat tawaran rumah murah tersebut dengan serta merta.
Untuk langkah seterusnya, anda boleh baca pada pautan berikut:
》》》Cara Memohon Pinjaman Bank Beli Rumah Kos Rendah
Semoga artikel di atas tentang cara beli rumah pertama dapat memberi manfaat kepada anda yang sedang mencari rumah, terutamanya rumah pertama kos rendah.

Cara Beli Rumah Pertama

Cara Mohon Rumah Pertama Kos Rendah/Sederhana Rendah
1. Pergi ke pejabat cawangan perumahan negeri masing-masing
2. Buat semakan atau minta maklumat tentang projek perumahan yang anda minat. Untuk jaminan projek perumahan itu wujud, buat lawatan ke tapak projek yang disenaraikan
3. Isikan borang permohonan. Ikut arahan seperti dikehendaki daripada borang permohonan tersebut. Antaranya;
1) Nama Pemohon
2) Maklumat alamat, no kad pengenalan dan maklumat pasangan
3) Harga Rumah dan nombor unit (jika tahu)
4) Tandatangan
Selepas selesai mengisi borang permohonan membeli rumah murah/flat/sederhana rendah, hantarkan ke pejabat cawangan perumahan masing-masing bersama dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan
- Salinan kad pengenalan pasangan
- Slip gaji
- Surat majikan tempat bekerja
- Surat beranak
- Surat Akuan Sumpah yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah (Commissioner of Oath)
4. Serahkan semua dokumen asal kepada pejabat cawangan negeri masing-masing berserta borang permohonan rumah kos rendah
5. Buat bayaran yuran memproses sebanyak RM5.00. Tertakluk kepada negeri masing-masing
6. Ambil resit dan simpan untuk rujukan ataupun susulan di kemudian hari.
7. Tunggu lebih kurang 1 bulan untuk anda mendapat surat tawaran 1 unit rumah atau flat kos rendah. Jika unit kekosongan ada banyak, mungkin anda boleh dapat tawaran rumah murah tersebut dengan serta merta.
Untuk langkah seterusnya, anda boleh baca pada pautan berikut:
》》》Cara Memohon Pinjaman Bank Beli Rumah Kos Rendah
Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan jual beli rumah, sila tinggalkan pertanyaan anda di ruangan komen di bawah. Insyaa Allah saya akan cuba membantu ikut kemampuan saya. Terima kasih. - ♥♥aynora nur
Semoga artikel di atas tentang cara beli rumah pertama dapat memberi manfaat kepada anda yang sedang mencari rumah, terutamanya rumah pertama kos rendah.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.