Petua Merawat Kurap Secara Tradisional - Kurap akan menyebabkan rasa gatal dan kulit akan menjadi kemerah-merahan terutamanya pada hari atau suhu yang panas. Ia boleh berjangkit melalui sentuhan, serta kulat yang dipindah melalui pakaian dan sebagainya.
Jika anda terkena jangkitan kurap, elakkan dari menggunakan tuala atau pakaian yang sama. Dikhuatiri kurap tersebut boleh berjangkit kepada anda pula. Kurap boleh dirawat tetapi memakan masa yang agak lama juga.
Daun bayam dengan kapur sireh ubat kurap |
Sedikit info tentang kurap. Kurap atau tinea corporis adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh jangkitan sejenis kulat (fungi) yang dipanggil dermatophyte. Terdapat beberapa jenis penyakit kurap, bergantung kepada tempat ia menjangkiti seperti berikut:-
- Kurap badan (Tinea corporis)
- Kurap kuku (Tinea unguium)
- Kurap groin (Tinea cruris)
- Kurap kulit kepala (Tinea capitis)
- Kurap janggut (Tinea barbae)
- Kurap kaki (Tinea pedis)
- Kurap muka (Tinea faciei)
- Kurap tangan (Tinea manuum)
Petua Merawat Kurap Secara Tradisional
1) Tumbuk sayur bayam hingga lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
2) Dapatkan santan pekat dari sebiji kelapa tua. Ambil beberapa helai daun kangkung dan tumbuk hingga lumat. Gaul santan bersama kangkung dan sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
3) Ambil seketul kunyit hidup dan ketuk dengan pisau. Sapukan bahagian kuning kunyit pada kulit yang berkurap sebelum tidur. Amalkan setiap malam.
4) Dapatkan 10 cawan daun jambu yang telah dicincang. Masukkan ke dalam periuk bersama 2 liter air. Rebus selama 15 minit. Tapis air rebusan dan tambahkan dengan air biasa secukupnya untuk dibuat mandi. Amalkan setiap hari.
5) Ambil beberapa helai daun peria dan basuh. Ramas dan gosokkan pada bahagian kulit yang berkurap. Amalkan selalu.
Terima kasih kerana membaca info tentang kurap dan petua merawatnya secara tradisional. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sebarkan dan kongsikan dengan kawan-kawan.
Selamat mencuba.
3 Comments
Sangat bermanfaat. Terima kasih atas tips tersebut! 👍😊
ReplyDeleteSaya kalau boleh ingin merawat kurap kucing. Adakah relevan juga tips tersebut?
Saya tak pasti pulak, cuba tanya doktor haiwan, kalau boleh kan mudah..
Deletesiapa yg ingin merawat kurap di badan sila cal, wsap sy 0126604184. sy telah pun pulih
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.