Resepi Apam Mentega Sukatan Cawan Yang Mudah - Hari ini tidak bekerja kerana cuti HARI HOL, jadi sempatlah jugak saya menyediakan sarapan untuk famili tersayang. Untuk sarapan pagi saya sediakan nasi lemak sambal telur dengan ayam goreng madu. Entahlah berapa kali hero kecil saya masuk dapur dan makan berulang kali. Macam mana nak diet..hihi, cikgunya di nursery pun dah bising suruh berdiet.
Tak apalah, yang penting sihat dan aktif. Kan...
Baiklah. Mana resepinya ek, sibuk cerita hal sarapan hingga terlupa kongsi resepi Apam Mentega. Ada juga yang panggil Apam Indonesia. Mesti ada yang tanya kenapa dipanggil apam Indonesia?? Saya pun tak tahu. Yang saya tahu arwah atuk sebelah orang rumah saya suka masak Apam Mentega/ Indonesia ni, dan dia memang berasal dari Indonesia. Mungkin kerana yang memasaknya orang dari sana, itu yang dipanggil Apam Indonesia atau Apam Mentega. Iya kut..hihi
Mari kita lihat bahan-bahannya dan cara menyediakan apam mentega ni ya kekawan...
Bahan-bahan:
1 cawan gula + 1/3 cawan air (dimasak hingga kering dan berwarna kehitaman)
4 biji telur
1/3 cawan gula
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar mentega
Sedikit garam
1/3 mangkuk tepung gandum (mangkuk ukuran sedang)
1/2 cawan santan
1. Telur dan gula dipukul dengan pemukul jarring hingga kembang. Masukkan mentega lalu dikacau.
2. Tambahkan tepung, soda bikarbonat dan santan satu persatu.
3. Akhir sekali masukkan gula yang panas tadi.
4. Kacau lagi hingga semuanya sebati dan bancuhan ini akan kelihatan pekat (seperti kek buah yang biasa kita buat).
5. Tuangkan ke dalam bekas acuan yang telah dialas kertas.
6. Kukus selama 45 minit.
Selamat mencuba.

Gambar dari blog Salamisimon |

Apam Mentega Sukatan Cawan |
Resepi Apam Mentega Sukatan Cawan Yang Mudah
Mari kita lihat bahan-bahannya dan cara menyediakan apam mentega ni ya kekawan...
Bahan-bahan:
1 cawan gula + 1/3 cawan air (dimasak hingga kering dan berwarna kehitaman)
4 biji telur
1/3 cawan gula
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar mentega
Sedikit garam
1/3 mangkuk tepung gandum (mangkuk ukuran sedang)
1/2 cawan santan
Cara membuat Apam Mentega Sukatan Cawan Yang Mudah
1. Telur dan gula dipukul dengan pemukul jarring hingga kembang. Masukkan mentega lalu dikacau.
2. Tambahkan tepung, soda bikarbonat dan santan satu persatu.
3. Akhir sekali masukkan gula yang panas tadi.
4. Kacau lagi hingga semuanya sebati dan bancuhan ini akan kelihatan pekat (seperti kek buah yang biasa kita buat).
5. Tuangkan ke dalam bekas acuan yang telah dialas kertas.
6. Kukus selama 45 minit.
Selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.