Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kari Sardin Yang Ringkas

Aynorablogs.Com - Resepi Kari Sardin Yang Ringkas. Antara resepi yang mudah dan bahan-bahannya pun mudah dikenali oleh golongan muda yang baru belajar memasak. Kebanyakan resepi-resepi dalam blog ini adalah koleksi resepi yang mudah. Sesiapa pun boleh mencubanya.

Kalau sebut sardin semua orang kenal. Dan ada rakan-rakan kata kita dah pokai bila bawak bekal lauk sardin. Hmm...tahukah anda satu tin sardin saiz besar sudah berharga lebih RM7.00? Siapa kata sardin lauk untuk orang yang tengah pokai.

Resepi Kari Sardin Yang Ringkas

Makan sardin selalu menggamit memori. Samada memori bersama keluarga, rakan-rakan di rumah sewa dahulu dan sebagainya...ia adalah lauk paling mudah disediakan.

Bercerita tentang Sardin...yang mana satu kegemaran anda? Saya suka sardin biasa berbanding sardin mackerel. Sardin mackerel lebih kenyal isi ikannya dan tak mudah hancur. Tetapi kami sekeluarga lebih gemarkan sardin biasa yang agak lembut dan mudah dibuat sandwich jika tak habis digunakan. Kiranya boleh recycle la kan...

Jom kita tengok resepi sardin masak kari. Yummy!!


Resepi Kari Sardin Yang Ringkas


Bahan-bahannya:

4 ketul ikan sardin @ 1 tin sardin ukuran besar
3 biji ubi kentang - dipotong empat
3 sudu besar serbuk kari ikan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 tangkai daun kari
2 sudu besar asam jaws
Air secukupnya
Sedikit minyak
Sedikit garam


Cara menyediakan sardin masak kari


1. Tumbuk hancur bawang putih dan bawang merah

2. Potong kasar bawang besar

3. Tumis bawang yang ditumbuk, bawang besar dan daun kari hingga naik baunya

4. Masukkan serbuk kari dan air. Biar mereneh dan pecah minyak

5. Masukkan kentang, air dan garam. Masak hingga kentang empuk

6. Masukkan air asam jawa dan ikan sardin. Biar hingga mendidih dan sebati.

7. Angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba resepi kari Sardin yang ringkas di atas. Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close