Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Telur Masak Sup Yang Sedap Dan Ringkas

Resepi Telur Masak Sup Yang Sedap Dan Ringkas - Telur mengandungi jumlah protein yang tinggi dan sesuai untuk dijadikan salah satu makanan diet yang sihat. Telur bukan saja digemari oleh semua golongan tua dan muda serta kanak-kanak, tetapi juga senang diperolehi di mana saja. Senang citer, telur adalah lauk emergency yang mudah disediakan.

Telur boleh dipelbagaikan resepinya seperti masak sambal, kari, sup dan banyak lagi.


Resepi Telur Masak Sup Yang Sedap Dan Ringkas
Resepi Telur Masak Sup Yang Sedap Dan Ringkas - Gambar ehsan Majalah Rasa

Kandungan gizi dalam telur:


Haa..mari kita baca dulu gizi atau khasiat yang ada dalam telur. Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10 peratus cangkerang, 30 peratus kuning telur dan 60 peratus albumen (mengikut berat).

Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza antara satu dengan lain, kecuali kandungan kolesterol telur itik adalah lebih tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 miligram bagi setiap gram kuning telur.

Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak.

Apa yang agak unik adalah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semula jadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur tersebut.

Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.


Nota penting:
Jika anda sedang melakukan diet Atkins, telur adalah antara makanan yang mudah diambil demi mengawal paras pengambilan karbohidrat anda.

Tambahan lagi, bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang.

Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting, antaranya adalah 67 miligram sulfur atau lapan peratus daripada keperluan seharian.


Resepi Telur Masak Sup Yang Sedap Dan Ringkas


Bahan-bahan:

4 biji telur (dipukul hancur)
1 tangkai daun bawang (dipotong kasar)
2 biji bawah merah - dihiris
1 ulas bawang putih - dihiris
1 cawan air
3 1/2 sudu besar minyak
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 sudu kecil serbuk perasa
Garam secukup rasa


Cara menyediakannya;

1. Panaskan minyak di dalam periuk dan  goreng telur

2. Kacau seketika dan masukkan bahan-bahan selebihnya iaitu daun bawang, bawang putih dan bawang merah, air, garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih.

3. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih

4. Sup telur siap untuk dihidang bersama nasi putih.

Selamat mencuba.


Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close