Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sahabat Kerana Taqwa Sampai Akhirat

Sahabat Kerana Taqwa Membawa Ke akhirat - Sahabat. Ada bermacam-macam jenis sahabat. Ada yang suka bergurau, ada yang sensitif, ada juga sahabat yang datang sewaktu kita senang dan pergi ketika kita susah. Sahabat adalah seperti bintang. Walau jauh atau dekat, ia tetap menyinarkan. Kalau bintang tiada, terasa sunyi dan kosong hidup kita. Sahabat biarlah ikhlas. Menerima kita seadanya. Bersahabat kerana harta dan kekayaan tidak akan membawa kita kemana-mana. Tetapi bersahabat kerana taqwa, membawa kita semua ke syurga Allah. Insyaa Allah. Bersahabat kerana taqwa sampai ke akhirat.


Sahabat Kerana Taqwa Sampai Akhirat
Sahabat Kerana Taqwa Sampai Akhirat 


Sahabat Kerana Taqwa Sampai Ke Akhirat


Ada tujuh (7 ) Jenis Persahabatan tetapi Hanya satu (1) Sampai Ke Akhirat

1. Ta'aruffan
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. Taariihan
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. Ahammiyyatan
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. Faarihan
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan
sebagainya.

5. Amalan
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. Aduwwan
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka.

Seperti firman Allah SWT :
"Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa:

"Allahumma Ya Allah ...selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."


7. Hubban Limaanan
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya
kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.

Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT :
"Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)

Agaknya, kita bersahabat kerana apa? Jika belum tahu hala tuju persahabatan anda, mulakan sekarang. Bersahabatlah kerana taqwa di jalanNya. Kita sukai kebaikan sahabat kita dan sama-sama mencegah kemungkaran. Dalam gurauan sentiasa terselit nasihat dan ingatan kepada Allah SWT.

Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Aamiin...!!!

#Sumber: Group Whatsapp

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close