Cara goreng ayam supaya lembut isinya di dalam dan rangup di luar. Hehe... macam iklan je kan? Idea ini saya nak kongsikan kepada pembaca di luar sana yang menghadapi masalah seperti saya, goreng ayam di luar nampak dah masak dan crispy tetapi bila belah isinya, masih mentah. Problem kan? Kena goreng semula ayam tu..
Baiklah.
Sebenarnya saya cuba buat dua cara ini tetapi yang satu saja menjadi. Cara lagi satu ayam kena goreng agak lama dengan api yang kecil. Leceh..
Setelah ayam dilumur dengan kunyit, garam, halia dan bawang putih, perapkan sekejap lebih kurang 1/2 jam. Kemudian boleh digoreng ayam tu..
Cara yang mudah adalah tutup ayam yang sedang di goreng dalam kuali tu. Terpulang kepada anda nak tutup dengan apa...mungkin boleh guna dulang, tutup periuk, dan sebagainya.
Terpulang jika anda nak guna api yang besar, sederhana ataupun api kecil. Saya maintain guna api sederhana.
Selepas lebih kurang 2 minit, anda buka penutup kuali tersebut. Dan biarkan ayam goreng hingga masak. Iaitu telah berwarna kuning keperangan. Angkat dan toskan minyak pada ayam sebelum pindahkan pada piring.
Insyaa Allah, dengan cara tersebut ayam goreng anda masak di luar dan dalam. Bahagian dalam daging ayam juga kelihatan berjus (juicy), dan tidak keras kematu...hihi
Cubalah.
Selamat berjaya. Oh ya...jika anda ada cara yang lebih praktikal atau lebih mudah, boleh kongsikan di ruangan komen di bawah.
#sebarkan bahagia, kongsikan jika ianya bermanfaat.

Cara Goreng Ayam Supaya Lembut Isinya

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.