Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Memohon Pinjaman Bank Beli Rumah Kos Rendah

Aynorablogs.Com - Cara Memohon Pinjaman Bank Beli Rumah Kos Rendah. Setelah anda mendapat tawaran satu unit rumah kos rendah, anda ada masa lebih kurang 1 bulan untuk membuat pinjaman bank. Biasanya, pihak Bank akan memberikan pinjaman 90% daripada harga rumah yang ditawarkan.

Jika membeli rumah kos rendah, ada tarikh tamat di dalam surat tawaran yang memaksa anda segera bertindak mengambil loan. Sediakan dokumen yang diperlukan bank secepat mungkin. Jangan bertangguh.

Nota:
Namun begitu, surat tawaran boleh mohon dilanjutkan untuk tempoh 1 bulan lagi jika pinjaman anda belum diluluskan. Tertakluk kepada syarat dan peraturan negeri masing-masing.


Cara Memohon Pinjaman Bank Beli Rumah Kos Rendah


Pihak bank biasanya menawarkan pinjaman perumahan (housing loan) sebanyak 90% kepada peminjam yang layak. Pinjaman 100% hanya ditawarkan jika pihak Bank membuat pakej promosi dan sebagainya.

Untuk membuat pinjaman perumahan anda perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut:

1. Surat tawaran rumah kos rendah
2. Salinan kad pengenalan
3. Slip gaji 3 bulan
4. Surat majikan yang mengesahkan jawatan anda
5. Salinan penyata KWSP terkini
6. Salinan penyata bank untuk 3 bulan terkini
7. Borang Penyata Cukai Pendapatan
8. Lain-lain dokumen tambahan jika diperlukan

Contoh jadual bayaran balik pinjaman perumahan bank untuk rumah kos rendah dan lain-lain yang berkaitan.

Cara Memohon Pinjaman Bank Beli Rumah Kos Rendah


Atau anda boleh membuat kiraan terus dari website yang menawarkan kalkulator housing loan percuma, seperti di bawah ini;

Cara Memohon Pinjaman Bank Beli Rumah Kos Rendah
SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK MENGIRA BAYARAN BALIK PINJAMAN RUMAH 

Setelah pinjaman anda diluluskan, sediakan wang deposit yang diperlukan, contohnya 10% daripada harga jualan, kepada pejabat pemaju atau pihak peguam yang menguruskan urusan jual beli anda. Bayaran wang muka boleh menggunakan cek ataupun bayaran tunai, terpulang kepada mana yang mudah bagi anda.

Ok.

Selamat berjaya.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan pertanyaan anda dalam kotak komen di bawah. Saya akan menjawab mengikut kemampuan saya, hihi...tq


Read More ....


Post a Comment

7 Comments

  1. Askum saya gaji 1900 bersih..saya nak pinjaman 135k lps tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba awak hubungi bank yang berdekatan, ikut pengalaman kami jika gaji bersih tersebut dengan hanya 1 kereta bulanan Rm400, anda mungkin boleh dpt pinjaman untuk RM135k.

      Delete
  2. Salam puan...mana yg harus dilakukan dahulu...dptkn pinjaman dari pihak bank dahulu ke atau mintak kelulusan dari pihak suk perumahan dlu..sbb sya beli rumah ini atas tangan org...jadi dia pon kena ada kelayakan utk menjual dan sya jgk kena ada kelayakan utk membeli...mana harus dilakukn dalulu.. terima kasih puan atas info puan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..
      Biasanya peguam yg uruskan permohonan @ consent dari PTG dan SUK utk beli rumah subsale. Kalau pandai boleh juga buat sendiri.

      Boleh ambil loan serentak, kalau consent tak dapat, anda boleh batalkan loan. Tetapi pihak bank kebiasaannya akan meminta surat dari suk jika jual beli rumah kos rendah.
      Harap membantu..

      Delete
    2. Wassalam..
      Biasanya peguam yg uruskan permohonan @ consent dari PTG dan SUK utk beli rumah subsale. Kalau pandai boleh juga buat sendiri.

      Boleh ambil loan serentak, kalau consent tak dapat, anda boleh batalkan loan. Tetapi pihak bank kebiasaannya akan meminta surat dari suk jika jual beli rumah kos rendah.
      Harap membantu..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close